Bila cuti panjang, mesti perlu buat sesuatu untuk isi waktu cuti tu. Tapi masalah betul kalau cuti tu diumumkan 2/3 hari sebelum hari cuti tu. Mana sempat nak plan vacation, tempah tiket flight, book hotel dan macam-macam lagi laa.. Ni lah masalah lin dengan cuti umum kan Oman ni..
Dah last minute baru announce cuti, jadi kami pun taktau nak buat apa, dan tak tau nak pegi mana. Ada member yang ajak pegi Istanbul, ada member ajak pegi Jordan. Dan ada juga yang ajak pegi Egypt. Nak pegi Europe kang bocor pulak poket en hubby kang.. hehe.. round Tanah Arab jer la dulu rasanya..
Hati ni teringin nak gi Istanbul. Dahla time tu tgh glamour citer 'Istanbul Aku Datang' yang Lisa ngan Beto berlakon tu. Tapi Lin tak tengok lagi.. Nak pergi Jordan, dekat pulak dengan Israel time tu tengah sibuk perang. Pikir punya pikir, rasa mcm nak pegi Egypt. Satu, sebab ada member pergi sama, kalau x pergi dengan diorang, belum tentu lagi akan pergi.. Yang kedua, tempat lain macam boleh pergi sendiri tapi Egypt perlu tourist guide. So, alang-alang pergi baik pergi dgn agent sebab agent akan provide tourist guide yang bagus. Diorang ni dipanggil Ahli Kaji Mesir (Egyptologist kalau x silap).
Jadi kami bertolak dari Muscat pada petang 26 November 2012 (Isnin) dan pulang 1 Disember 2012 (Sabtu). Flight dalam 4 jam dan sampai di Cairo International Airport, kami disambut oleh tour manager dan bawa kami ke Hotel Grand Pyramid untuk berehat.
Day 1 (Selasa)- Kami dibawa melawat Egyptian Museum untuk melihat sejarah Mesir dan diberi penerangan serba sedikit tentang Zaman Firaun ni. Banyak sangat info yang lin dapat daripada penerangan tour guide kami, Amar namanya. Katanya, zaman awal Mesir, raja-raja Mesir yang mati akan ditanam di dalam piramid. Piramid-piramid ni terletak di suatu tempat namanya Giza. Semasa pengkebumian, semua harta raja tersebut akan dibawa sekali masuk ke dalam piramid. Tapi banyak harta-harta ni dicuri dan piramid tu juga dipecah masuk. Manakala era baru seperti King Tutankhamun, ditanam di dalam gunung-gunung di Luxor jauh dari Giza untuk elakkan pencuri kubur ni. Oleh itu, banyaklah tinggalan King Tut ni dalam museum tu.
Selepas Egytian Museum, kami ke Giza Plateu tempat piramid-piramid dibina. Di sinilah letaknya piramid yang terkenal seperti Piramids of Cheops, Chefren dan Mykerinus. Dan di sini juga letaknya Sphinx yang terkenal tu.
|
Satu family di Giza |
|
Cubit hidung Sphinx |
|
Mendaki piramid |
Selepas penat mendaki piramid, kami ke Coptic Cairo untuk melawat Hanging Church dan Ben Ezra Synagogue. Ni first time lin masuk gereja tapi gereja ni sudah tidak diguna lagi, hanya untuk tujuan pelancongan dan pembelajaran. Tapi bila masuk ke Ben Ezra Synagogue, memang Lin terkejut. Rupanya ini adalah gereja untuk Jewish. Juga untuk pelancongan dan pembelajaran. Kata Amar, masih ada dalam 80 orang sahaja Yahudi di Mesir. Yang lain semua lari ke Israel atau ke negara lain seperti USA. Dalam gereja ni semua ukiran adalah bahasa Arab. Jadi seperti ayat-ayat Quran lakaran nya. Masa masuk dalam ni, semua perasaan ada. Sedih, geram dan yang pasti mengimbas balik kewujudan Yahudi atas muka bumi ni..
|
Di luar Hanging Church |
|
Gereja yang digunakan untuk perbandingan agama |
|
No photos di dalam gereja |
Kemudian kami di bawa ke Khan El Khalili Bazaar yang terkenal untuk membeli belah. Di sini juga kami melawat Masjid Hussin yang mempunyai makam cucu Rasulullah.. Sempat kami sedekah Al-Fatihah kepada beliau. Sebelum ke hotel, sempat singgah untuk melihat bagaimana papyrus dibuat. Satu tips yang diberi kalau nak kenal papyrus itu asli atau tidak, yang asli bila diletak di bawah cahaya lampu kertasnya akan nampak seperti anyaman.
Malamnya kami menikmati Buffet Dinner dalam Nile River Cruise. Memang penat, Adam tidur sepanjang 3 jam dalam cruise tu. Kami dihidangkan makanan ala-mesir dan juga ala-barat. Yang paling best sebab ada show Belly Dance dan tarian pusing-pusing dipanggil 'Whirling Dervish Dance'. Kagum sungguh Lin, dengan tarian lemah gemalai dia. Nak letak gambar tapi sensor la pulak. Yang pusing-pusing pun sama, menari tanpa henti hampir 45 minit..
|
Whirling Dervish Dance |
Day 2 (Rabu) - Disebabkan masa tu tengah hot demonstrasi kat Cairo, atas sebab-sebab keselamatan, kami teruskan tour ke Luxor, di selatan Mesir. Turun dari Egypt Air, kami disambut oleh tour guide dan dibawa ke Sheraton Luxor Hotel. Kemudian, kami melawat Valley of the Kings, tempat di mana raja-raja Mesir era baru ditanam seperti King Tut yang lin ceritakan kat atas tadi. Kemudian ke Temple of Queen Hatshepsut, raja perempuan Mesir yang paling terkenal dan tempat membuat Alabaster. Malamnya kami ke Light & Sound Show di Karnak Temple. Mula-mula Lin seram, maklumla pegi ke kuil yang beribu-ribu tahun usianya. Dengan bawa Adam ngan baby lagi, banyak kali baca ayat kursi. Tapi lepas tu lega sikit.. Sejuk sangat di Luxor ni. Lagi sejuk dari winter di Oman..
|
Bersama member Malaysia Suhaini dan Hajar, tour guide kami |
|
Sheraton Luxor |
|
Di tepi sungai nil |
|
Light and Sound Show, Karnak Temple |
Day 3 (Khamis) - Kami teruskan melawat Karnak Temple dan Luxor Temple yang penuh dengan cerita-cerita sejarahnya. Memang seronok sangat sebab dah faham sikit sejarah Mesir ni sebab tour guide kami menerangkannya dengan bagus sekali. Thanks Hajar.. Selepas tu, kami bergegas ke Luxor Airport untuk pulang ke Cairo.
|
Karnak Temple waktu siang |
|
Heliography |
|
with Obelisk |
|
Hehe.. |
|
Luxor Temple |
Day 4 (Jummat) - Hari terakhir untuk member Lin, Avinash dan Suhaini sebab diorg book sampai Jumaat jer. Family Lin extend satu hari lagi sebab berhajat nak melawat Alexandria, satu lagi kota di Mesir yang terkenal. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam, kami tiba di Alexandria atau Iskandariah. Memang kota yang moden berbanding Cairo dan Luxor. Lebih cantik dan bersih. Kami melawat Library of Alexandria, Alaxendria Cornish, Pompey's pillar dan Citadel. Kota ni melambangkan campuran zaman Mesir dan Roman Greek.
|
Alexandria Cornich |
|
Modern statue |
|
New Library of Alexandria |
|
Pompey's Pillar |
|
Qaitbay Citadel |
Day 5 (Sabtu) - Hari terakhir kami di Egypt. Kami bersiap dan berlepas ke Cairo International Airport untuk pulang ke Muscat. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Masih teringat cerita 'Ketika Cinta Bertasbih' karya Habiburrahman El-Shirazi, Alhamdulillah Lin dapat juga sampai ke tanah subur Nil ini..
terbaekkkkk
ReplyDeleteassalamualaikum..bole saya dapatkan no tour guide..saya nak ke Egypt pada 15july to 8 ogos ni..please
ReplyDelete