Thursday, July 23, 2009

Seronoknyer mandi kolam..


4 July haritu, aku n family pergi family day office aku dekat Tiara Beach Resort, PD. Seronok sangat x sabar nak bawak Adam mandi kolam. Aku n hubby belikan Adam pelampung and swimming suit.. Comel, brand Ogival. Pelampung brand Floaties..

Petang tu aku ader kursus & dalam kul 6pm baru dapat bawak adam mandi kolam.. excited sangat dia..


Esoknya, lepas sukaneka, aku pun bawak Adam mandi lagi.. Adam mmg suka air. Dah lama dalam air tu, aku pun angkat la keluar, dia marah, nak mandi lagi.. Aku bagi dia mandi lg.. Dah sampai terketar-ketar tu, baru aku angkat dia naik. Adam-adam... baby mana boleh mandi kolam lama-lama....

Lepas ni, nak bawak Adam mandi kolam lagi. Pastu nak ajar dia berenang. Biar dia boleh berenang dari kecil lagi..

Adam nih bila letak dalam air, kaki dia akan kayuh-kayuh, so harap-harapnye mudah la dia dapat berenang nanti..

Thursday, July 9, 2009

Akhirnya Adam meniarap juga..

21/6/2009 - Gigi Adam dah tumbuh masa 5 bulan, dalam hati ni, bila laa adam nak meniarap... Hujung bulan Jun nih, Adam genap 6 bulan. Aku baca dalam milestone baby, baby akan meniarap dari umur 2 bulan hingga 6 bulan. Apsal Adam aku ni belum meniarap lagi. Asyik mengiring je, tapi pusing x lepas. Xpe.. Tinggal lagi seminggu je, kalau x meniarap juga, aku kena fikirkan sesuatu...

29/6/2009 - Hari ni hari Ahad, kami satu family lepak kat rumah je. Sambil aku main-main ngan Adam, macam biasa adam buat aksi mengiring dia.. Tiba-tiba... Ehhh... Adam dah boleh meniarap!!! yeyeyy... Adam dah boleh meniarap.. Yang best nye, dia meniarap pastu tu dia roll-over balik jadi telentang.. Waaa...expert... Lepas nih, berguling-guling la Adam nampaknya.

Sekarang, Adam dah expert dah meniarap, kadang-kadang dia main sambil meniarap. Pastu guling-guling sampai hujung tilam toto. Carpet kat umah aku dah gulung simpan, takut gatal ke apa.. Bentang tilam toto je kat tengah. Lepas guna, lipat balik.. Xpelaaa buat anak tersayang...
Adam mama dah terror meniarap akhirnya, genap 6 bulan...


video

Tuesday, July 7, 2009

Adam dah ada dua gigi


Masa tu (30 Mei 2009) kenduri kawin adik aku yang no3, Afini. Adam pun nak masuk 5 bulan. Sepanjang kenduri tu, Adam asyik merengek saja. Nak berdukung je. Baring pun x nak. Apa laa x kena ngan baby aku nih.. Esoknya, tengah kemas rumah tiba-tiba sepupu aku yang nama Arif ni bgtau, "Eh, Adam dah tumbuh gigi kat bawah.." Aku pun apa lagi, suspen sgt.. Tengok-tengok, mmg ada 2 benda keras warna putih dekat gusi bawah dia. Yeyeyy Adam dah tumbuh gigi.. 2 batang, kecil lagi, cute sangat.. Patutla dia asyik nak menggigit je.. Dengan tangan mama dia pun dia gigit. Semua benda nak masuk mulut. Syayang mama nih...
Tapi dalam hati tu, Adam ni meniarap pun belum lagi, gigi dah tumbuh dulu. Mcm mana ni.. Nak start makan solid food ke tunggu 6 bulan. Mama aku dah suruh bagi makan sejak 4 bulan lagi. Tengokla macam mana nanti. Pastu, bila pulak dia nak meniarap nih? Xpe la, dah yang gigi ni nak cepat tumbuh, mungkin yang lain (meniarap) lepas ni kot... X sabar pulak nak tengok Adam meniarap.. Tengok, Adam nampak cute dengan 2 batang gigi yang comel... hhehehe....