Wednesday, December 29, 2010

APAARI

APAARI? Apa tu? Lin pun baru tahu setelah join meeting nih.. APAARI tu adalah singkatan kepada 'Asia-Pacific Association of Agricultural Research Institutions'. Ia adalah pertubuhan yang diinisiatif oleh FAO yang dianggotai oleh 51 buah negara.
Jadi, apa yang lin buat kat situ? Actually lin menjadi AJK dan juga peserta untuk meeting yang dianjurkan oleh APAARI yang bertempat di Marriot Putrajaya, Malaysia. Nama meeting tu adalah 'Expert Consultation Meeting on Postharvest and Value Addition of Horticultural Produce 2010'. Disebabkan meeting ni "expert consultation meeting", jadi orang-orang yang dijemput semuanya expert2 dalam bidang masing2. Banyak jugalah ilmu yang lin dapat dengan menyertai meeting ni.. Ia adalah meeting yang berkaitan dengan teknologi pengendalian lepas tuai untuk buah, sayur dan bunga. Perkongsian ilmu dan teknologi bagi semua 51 negara dan juga ada invited speaker dari USA dan Netherland memberi seminar dalam meeting ini..
Ok, jom tengok lin share gambar.. Ini gambar di MARDI

Ini pula gambar di Malaysian Agrifood Corporation Berhad (MAFC), Puchong.




Esoknya kami melawat Taman Warisan Pertanian Putrajaya







Monday, December 6, 2010

MAHA 2010

Baru habis MAHA, penat x hilang lagi.. Mcm-mcm perkara berlaku, happy, sedih, nervous sume ada.. Biasala utk aku, kerja tetap kerja.. Tahun ni, event MAHA 2010 lebih busy dari MAHA 2008. Mcm2 perkara dirancang. Aku kali ini ditugaskan menjaga Laman Sayur dan Intraktif. Juga ditugaskan menjadi exhibitor di Dewan A bagi booth Pusat Penyelidikan Hortikultur di Bahagian Pameran MARDI.
MAHA 2010 kali ni ada pelbagai tarikan. Dewan A - untuk agensi kerajaan mempamerkan produktiviti masing2. Dewan B untuk pameran domestik dan Dewan C umtuk pameran antarabangsa. Paling happening, Dewan D iaitu Agrobazaar dan Food Court dekat LG floor. Semua makanan popular Malaysia ada di situ. AGrobazaar pula menyediakan banyak food tester, mmg kenyang berjalan2 di situ..
Laman pula ada Laman Sayur, Laman Padi, Laman Perikanan, Laman Nenas, Haiwan Peliharaan, Mesin dan Jentera dan banyak lagi.. X lupa juga pavillion2 negeri yang mana aku x sempat nak jalan habis sbb kepenatan bertugas dan berjalan di MAHA 2010 nih..
Perkara yang x dapat dilupakan apabila telah diamanahkan untuk menjadi MC bagi demonstrasi memasak bagi teknologi hirisan segar sayur-sayuran. Mmg nervous habis.. tapi akhirnya berjalan lancar seperti dirancang.
MAHA 2010 kali ni, x dapat bershopping dengan seronok sekali kerana waktu yang terhad disbbkan banyak komitmen lain. Apa yang aku sempat beli hanya pokok kari, mini popia goreng, foot patch, dan perencah instant iaitu perencah Pajri Nanas, Kari Daging Itik dan juga Kuah kacang bersama nasi impit. Banyak juga yang dalam list tapi x sempat nak beli.. Market yang kat bawah dewan yang jual mcm2 pun x sempat nak menjejak kan kaki...
MAHA 2010 berlangsung selama 10 hari, tapi mcm x cukup jer 10 hari tu untuk aku berjalan... Tapi untuk bekerja, cukuplah 10 hari... nih pun dah penat dah nih...