Wednesday, October 3, 2012

Dubai oh Dubai..

En hubby Ada meeting Kat Dubai.. Haa, kali ni mesti ikut, xnak dah tinggal sorang.. Haritu, yang en hubby pegi Bangkok & Kuala Lumpur pun Lin dah mcm cacing kepanasan.. Bukan apa, sebabnyer diri ni penakut.. Jam tunjuk pukul 8 jer Lin dah bawa anak2 naik bilik.. Sape suruh sewa Umah besar kan.. Lain kali cari apartment jer.. Tu Nasib baik Lin tak check in hotel.. Hehe..
Ok, Sambung cerita.. Kami bertolak dari Muscat hari Ahad petang dan dijangka balik hari Jumaat petang. Haa lama tak?? Hehe.. Nak berjalan punya pasal harus la lama kan.. Tapi sebenarnya 2 Hari dah tolak sbb en hubby kerja.. Apa yang Lin buat kat Dubai..
Day 1 (Ahad) - Sampai Dubai, check in kat Al-Murooj Rotana Hotel.. Cantik hotel ni, dekat dengan Dubai Mall (katanya the biggest shopping mall in the world) dan Burj Khalifa (the tallest building in the world). So apa lagi, lepas rehat skejap dan mandi, solat semua, kami pun berjalan ke Dubai Mall..
Al-Murooj Rotana Lobby
Makan di Social House sambil tengok fountain berirama

Ramai orang tunggu fountain setiap 30 minit
Ta daa.. best sangat fountain meliuk lentok ikut irama padang pasir
Day 2 (Isnin) - En hubby gi keje.. So Lin berehat2 dalam bilik bersama anak2, sambil mengumpul tenaga untuk ke Dubai Mall lagi lepas En hubby balik.. Mmg besar betul Dubai Mall, x abis jalan smlm.. Malam ni pun blum tentu dapat cover semua.. Mlm ni nyer plan, lepas makan nak bawa Adam ngn Faiz pegi aquarium Dubai Mall.

'Dalam submarine' kata Adam..
Fish
Adam dan Abah, baby Faiz kat belakang Abah

Day 3 (Selasa) - En hubby pegi keje lagi.. Lin seperti biasa recharge energy Kat bilik. Adam ngn Faiz pun sama, tak bangun lagi tido dari pagi. Maklumla smlm jalan Dubai Mall sampai tutup.. Then, lepas En Hubby balik kami naik shuttle bus dr hotel ke Dubai Outlet Mall. Yang ni best.. En hubby shopping sakan kat sini sbb banyak outlet spt Adidas, Nike etc.. Lin dapat kasut boot sepasang dr Sketchers dan bebudak tu beli baju kt Pumpkin Patch.. Mmg best.. Datang Dubai lagi, boleh repeat..
Day 4 (Rabu) - Hari ni check out Al-Murooj Rotana. Simpan beg kt concierge, then naik shuttle bus hotel ke Mall of Emirates. Best gak mall ni, ada Ski Dubai.. Tapi kami tgk dari luar je sbb masa pun tak byk. 

Mall of Emirates

Siap ada penguin lagi
Lepas tu kami ke Ibn Battuta Mall pula.. Yang ni sbb ada org recommend suruh pegi.. Tapi sbnrnyer sama jer mcm Dubai Mall.. Then kami balik ke hotel dan check in White Fort Hotel kat Naïf Souq. Kenapa Naïf Souq, sebabnyer mama Adam ngan Faiz ni nak shopping Abaya.. Hehe..
Day 4 (Khamis) - Pagi ni shopping abaya. Mmg Kat sini jauh lebih murah Dari Oman. Design pun lagi cantik.. Hmm.. Puas hati la shopping.. Then, dalam pukul 1 jalan balik ke hotel untuk rehat. Sbb tu kami stay kat hotel area sini. Senang nak balik rehat, maklumla Lin kan jalan ngn baby, so kena pikir keselesaan diorg juga. Hotel ni baru buka slps renovate, cantik, 5 minit berjalan dari Naïf Souq. Harga satu malam RM 300 termasuk breakfast Dan free wifi. Tempah Kat booking.com bleh dapat murah lagi.. Malam tu kami pergi ke Dubai Festival City. Hajatnyer nak tengok IKEA Dubai dan hubby nak beli t-shirt kat Hard Rock Cafe Dubai.
Day 5 (Jumaat) - Stay kat area Naif ni selama 2 malam. Flight kami petang tu, jadi kami stay je kat hotel sbb lepas solat Jumaat terus nak bertolak ke Airport.
Jalan-jalan Dubai memang best bagi sesiapa yang suka shopping. Memang heaven la kalau nak cari baju, kasut sbb banyak pilihan. Duit pun murah sikit dari duit Malaysia. Lepas ni kalau berpeluang pergi Dubai lagi, nak tukar pula, cari yang theme park, zoo atau recreational park ke.. Yang penting kena aim naik Burj Khalifa sebab kali ni tak sempat nak book online.. Dubai, harap boleh sampai lagi..