Tuesday, November 8, 2011

Welcome to the world..

Happy birthday Faiz Aiman Bin Mohd Fairuz.. Welcome to our life..


Detiknya bermula pada 2 Okt 2011, jam 3.00 pagi.

Lin terjaga dari tido, terasa mcm ada cecair je yang keluar.. Uish suspen nyer.. so pergi toilet. Lain mcm je yang keluar, mcm bendalir pekat warna putih telur gitu.. Rasa sakit, xde.. Duduk atas katil, terpikir masa baca baby centre ada dia kata tentang bendalir yang keluar untuk menunjukkan tanda-tanda nak bersalin, namanya mucus plug. Tapi mungkin show yang lambat untuk indicate bersalin. Masa lin pegi antenatal class dulu, doc ajar 3 show utk bersalin adalah keluar darah, regular contraction dan pecah air ketuban. Tp semua ni lin x rasa lagi.. tido dulu la..


2 okt 2011, jam 1.00 petang,

Lin sekeluarga dan juga ibu dan bapa mertua nak keluar untuk lunch. Jadi, before naik kereta tu, seperti biasa lin akan ke toilet dulu. Tiba-tiba ada blood show, aduih berdebar nyer.. bagi tau hubby, so dia decide pegi hospital lepas lunch nanti.. Tp lin mmg dah xde selera dah.. Sampai di Prince Court, sbb hari ni hari Ahad, terus ke Emergency. Bagi tau nurse di kaunter dan terus lin dibawa ke Labour room untuk buat CTG dan VE (vaginal examination). So, jam 3.00 petang bukaan serviks 4cm. Contaction dah ada tapi slow, that's why x rasa. Nurse nasihatkan untuk stay di ward sbb lin bersalin yang ke-2 jadi maybe proses akan lebih cepat. Sebelum tu nurse tanya nak ambil epidural tak, lin berfikir nak cuba without epidural lagi bersalin kali ni...


2 Okt 2011, jam 6.00 petang.

Lin dah admit ward. Ambil bilik yang standard, tp bagi lin sangat selesa. Selain daripada kemudahan basic seperti katil, toilet dan tv, ada juga safety box, sofa bed dan juga peti ais kecil mcm hotel tu. Sangat cantik, selesa dan privacy. View pun cantik, KLCC view lagi.. Jadi lin pun rest sementara tunggu show yang lain. Setakat ni, contaction x rasa lagi, so xde rasa sakit pun... 3 Okt 2011, jam 2.00 pagi..

Darah makin banyak, nak tido mmg dah x selesa dah.. Air ketuban x pecah lagi. Tapi contraction dah rasa tp sangat mild.. So, kejut hubby ajak dia temankan ke labour room untuk check lagi. Nurse dah pesan awal2, kalau ada contraction datang labour room. So lepas buat VE, dah buka 6cm. Jadi nurse nasihatkan berada di labour room. Pasang CTG dan masuk air, nurse tanya nak ubat tahan sakit apa, lin nak try gas entonox. Dulu masa Adam, xde kemudahan ni.. Berehat lagi lin di labour room.


3 Okt 2011, jam 6.00 pagi..

Nurse datang lagi, tanya dah sakit ke blom, lin x rasa sakit lagi.. Tp contraction makin kuat. Lin just rasa perut mengeras jer.. Buat VE lagi, bukaan 8 cm. Nurse bagitau, Dr Seri dah standby dan akan datang bila2 masa jer.. Sejam kemudian, Dr Seri datang. Dia nak pecahkan air ketuban supaya progress cepat sikit. Then, mula lah lin rasa kesakitan yang sebenarnya.. Aduh, time ni la yang mmg semua org bersalin akan serik, sakit yang teramat sangat.. Gas Entonox mmg banyak membantu..


3 Okt 2011, jam 8.17 pagi..

Lin selamat melahirkan baby boy seberat 3.10kg. Dan yang paling best sekali, lin bersalin tanpa apa-apa jahitan.. Thanks a lot to Dr Seri sbb dia mmg expert.. Tapi mmg lin penat sangat, kehilangan tenaga sampai menggigil.. Dr bagi lin peluk baby, pastu hubby azankan dan terus bagi lin menyusu.. Happy sgt sbb dapat stimulate utk breastfeeding secepat yang boleh.. Then, lepas bersih dan settle semua, lin dihantar ke ward untuk berehat dan breakfast. Wah, bila dah lapar dan penat, tengok hidangan yang tersedia, mmg berselera la.. tp masih beringat utk pantang.. lin mkn croissant dgn cheese jer dan ambil susu segar dan milo.. buah tu hubby habiskan semua..


4 Okt 2011, jam 8.00 pagi..

Selepas bersalin, lin berehat di bilik. Segar sikit hari ni.. Keperluan semua dijaga. Nurse selalu datang utk bantu lin breastfeed baby. Walaupun anak ke-2, lin dah lupa nak pegang newborn mcm mana.. Makanan pun sedap, nasib baik PCMC ada sediakan makanan utk berpantang. Ada ikan, ayam dan daging, semuanya di bakar, atau dimasak halia.. Susu segar mmg ada setiap pagi..


5 Okt 2011, jam 10.00 pagi..

Lin, dah dibenarkan keluar hospital. Baby pun free from jaundice.. So, hubby pun settlekan bil dan ambil ubat yang perlu. Sebelum keluar, lin perlu attend satu breastfeeding talk. Talk ni mmg dijalankan oleh PCMC untuk ibu2 yang baru lepas bersalin. Very informative.. semangat nak breastfeeding.. Then, kami bersiap, dan bye bye PCMC.. Kenangan yang sangat manis dan seronok bersalin di PCMC..