Monday, December 31, 2012

Wadi Bani Khalid-Wahiba Sand-Jabal Al-Akhdar, Oman

Sempena Maal Hijrah baru ni, Sultan Qaboos bagi cuti umum 1 hari iaitu hari Sabtu. Oppss. Lupa plak nk intro, kat Oman hari bekerja adalah dari hari Sabtu hingga Rabu. Khamis dan Jumaat cuti hujung minggu. Jadi tambah satu cuti sempena Maal Hijrah, maka kami dapatlah 3 hari cuti. So, apa lagi, plan la nak pegi mana.. Rupanya en hubby dah plan nk pergi jalan2 nak tengok wadi dan camping kat desert dengan officemate dia. Wah, seronok tak terkata.. Suspen pun ada.. Dulu masa sekolah tau oasis jer. So wadi ni ala-ala oasis la tp bukan di padang pasir, tp di celah gunung batu.
Tiba hari yang di tunggu-tunggu, kami pun bertolak ke Wadi Bani Khalid. Kami konvoi 2 kereta 4 wheel drive.. Rombongan dalam 15 org termasuk baby. Pemandangan mmg cantik..
rock mountain
 Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan, sampaila di Wadi Bani Khalid. Wah, hijau nyer air dia.. Mmg unik sbb mcm tasik hijau berlatarbelakangkan  gunung batu.. Subhanallah.. Ramai sangat orang tengah picnic kat  situ.. Apalagi, buka lah segala bekalan yang di bawa dari rumah.. 
Air dia hijau sangat..

Berlatarbelakangkan gunung batu..

Dah sampai, perut pun lapar, buka la bekalan..

Geng-geng Malaysia yang pergi sama-sama..
 Lepas siap berkelah semua, kami pun sambung perjalanan ke padang pasir pula. Nama tempat tu Wahiba Sand, bleh tanya google map kalau nk bayang area mana. Padang pasir ni luas merentas Oman ke Arab Saudi. Ada satu kawasan tu dipanggil Empty Quarter, maybe sbb takde ape-ape kot kat situ, pasir jer.. Tapi kami takde la pegi sampai Empty Quarter tu. Kami camping kat kawasan perkhemahan namanya '1000 Nights Camp', kira jauh juga la ke tengah padang pasir. Naik keta dari jalan besar hampir 1 jam meredah bukit pasir, siap dune bashing lagi, mmg best la driver kami ni.. Mula-mula cuak gak, tapi lepas tu seronok pulak.. Adam ngan anak kawan Lin, Amni paling seronok melompat-lompat dalam kereta tu.. Nasib baik takde yang muntah.. hehe.. 


Di pertengahan jalan kami singgah di tempat tinggal org Badwi. Org Badwi ni kiranya adalah kaum yang asal tinggal di tengah padang pasir. Kalau ikutkan cerita dalam buku kisah nabi Muhammad kepunyaan Adam, orang Badwi ni hidup secara nomad di tengah padang pasir yang tandus dan kontang. Yang paling dekat sekali contoh adalah Halimatus Saadiah, ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka dikatakan kaum yang hebat dengan kekentalan hidup di gurun pasir dan mewarisi Bahasa Arab yang puitis. Sebab itu lah ibu nabi Muhammad s.a.w., Aminah dan juga kaum Quraisy lain mahu bayi yang lahir dididik oleh suku kaum Badwi agar jiwanya tabah dan kental serta petah berbahasa. Ok, cukup dulu cerita nabi-nabi Adam.. Ni rumah orang Badwi.

Di luar kawasan rumah

Ruang menerima tetamu, kami dihidang dengan kurma dan 'kahwa'

Abah dan Adam naik unta
 So lepas merentas padang pasir 1 jam, tibalah kami di 1000 Nights Camp. Tempat ni luas juga, banyak khemah dan juga child friendly sbb ada playground dan juga kolam kecil. Sampai jer kami letak beg dalam khemah pastu terus berkejar nak tengok sunset di padang pasir. Tapi kami terlewat sikit jer so dapat tengok saki baki sunset jer la.. Tapi pagi esoknya hubby dpt snap sunrise. Cantik..
1000 Nights Camp

Dalam khemah, siap ada katil lagi..

Malam kami disediakan bbq sambil mendengar irama padang pasir

Sunrise

Sand Boarding

Dune Bashing

Gambar satu family

Baby Faiz sibuk main pasir
 Sebelum balik ke Muscat, kami bercadang untuk pergi ke Jabal Al Akhdar. Ni kira antara gunung yang tertinggi la di Oman ni. Jabal Al Akhdar maksudnya Green Mountain. Perjalanan menaiki gunung memang mencabar, hanya kereta 4-wheel drive jer boleh naik. Pemandangan memang cantik, suhu semakin sejuk, 18oC. Sampai di puncak, kami dibawa ke Sahab Hotel, sebab katanya, di situlah pemandangan paling cantik..

Jalan mendaki gunung

Subhanallah..
  
Sahab Hotel

Sembang-sembang sambil menghirup udara segar
  
Sebuah keluarga di atas gunung
Dan kami pun bertolak kembali ke Muscat. Satu kenangan yang memang tak dapat dilupakan. Kami berjalan dari Wadi Bani Khalid di lembah batu, ke Wahiba Sand, sebuah padang pasir dan seterusnya ke Jabal Al Akhdar, gunung hijau, sesunggunya Oman ni memang cantik. Walaupun berbeza dengan Malaysia yang hijau mata memandang, Oman masih cantik dan unik yang tersendiri..

No comments:

Post a Comment