Monday, July 25, 2011

Lagi 10 minggu..

Hari ni nak citer tentang di mana lin nak bersalin lagi 10 minggu ni.. Actually, dulu lin ada post entry ttg tempat nak bersalin anak ke-2 ni... Masa tu baru 3 bulan rasanyer.. Dah sekarang dah 7 bulan, lin dah confirm nak bersalin di mana.. Ok, akhirnya setelah berbincang ngan hubby, kami buat keputusan utk pilih Prince Court Medical Centre (PCMC). Kenapa?? banyak faktor.. Antaranya sbb gynae dia.. Setakat yang lin puas hati, Dr Fatimah dekat Annur Specialist Bangi dan selepas try pergi PCMC, jumpa Dr Seri Suniza, doktor ni pun best gak.. Dr Seri sangat caring seperti Dr Fatimah juga.. So, lin berpuas hati ngan layanan dia.. Dan yang paling penting iaitu masa menunggu adalah faktor yang paling utama.. Di Annur, lin terpaksa tunggu 2-3 jam untuk berjumpa doktor. Tapi di PCMC, dalam 15-30 minit jer.. bezakan!! So, setelah check berat, blood pressure dan urine, terus jumpa doctor. Then, terus ambil ubat kat farmasi. Setelah 2 kali check up ni, bila tengok jam mmg x sampai 1 jam pun semua prosedur.. Mmg puas hati sangat layanan PCMC.. Kat bawah ni ada gambar PCMC, tp x clear sangat sebab Adam berlari-berlari masa nak snap gambar. Kalau nak lihat lebih detail tentang PCMC, click sini http://www.princecourt.com/ Adam kat dalam lif, khusyuk dia tengok lif tu naik sampai tingkat 6.Yang ni pula waiting area. Sangat selesa siap ada TV, air dan magazine untuk dibaca.Ni kat corridor, sempat Adam posing kat air yang terjun kat dinding belakang tu..

Friday, July 22, 2011

Projek Car Porch

Alhamdulillah, tahun ni rezeki bonus hubby lebih sket.. Jadi kami pun plan nak gunakan duit tu sebaik mungkin. Jadi setelah dibuat budget, maka adalah peruntukan untuk rumah tahun ni. Jadi kami plan nak wat lantai porch dan juga landscape. Sbb nyer, sejak masuk rumah baru ni, dah setahun la kiranya, porch tu hanya bersimen asal dari pemaju je.. Laman pun hanya padang rumput jer tanpa sebatang pokok landscape pun..

Adam pun dah besar, dan selalu berkaki ayam di porch kereta sbb malas nak pakai kasut, jadi mmg porch la kami dahulukan.. So asalnya porch macam ni..
















Pastu selepas diketuk, disimen dan dipasang tiles,
Dalam masa yg sama, minta company autogate conceal wiring bawah tiles untuk autogate. Kami pilih Autogate brand Jackpro setelah survey dan bertanya2 rakan kat forum autogate yg baik. Pastu kat bawah ni gambar hasil selepas dipasang pebbles.. sangat cantik, kemas dan berkilat.. Bawah matahari lagi berkilat. Mudah dijaga dan bila pijak sejuk sangat mcm kat swimming pool. Sangat puas hati. Mesti nak tau sapa kontraktor kan.. Nama yang buat porch ni uncle chin. Dah tua dah, dalam 60++ dah umur. Tapi dia mmg pakar pebbles.. Dia buat kemas, rapat sangat batu nya.. Sampai x nampak simen. Lepas buat porch ni ramai jiran tanya sbb puji hasil yang kemas.. Diorg ingat epoxy pebbles yang mahal tu tp sebenarnya guna pebbles biasa campur simen jer.. Lepas uncle basuh ngan asid dan sapu ngan superseal mmg berkilat giler.. Thanks a lot uncle sbb buat porch kami cantik sangat... Projek landscape laman, dah siap nanti lin citer key..