Monday, November 2, 2009

My Patapum Soft Structured Carrier

Hari ni 2 November 2009, Adam dah 10 bulan. Bulan lepas masa check-up 9 bulan, berat adam naik lagi menjadi 9.3kg. Ikut bulan, 9 bulan, 9 kg. Maybe skrg 10 bulan, 10kg. Adam dah semakin good boy. Aku dah boleh keluar jalan-jalan ngan Adam. Dia dah tak nangis dan senang diajak bermain.



Sekarang aku dah ada lagi satu carrier. Yang ni baru beli bulan lepas (Sept 09). Sebabnya, aku perlukan carrier yang guna double-shouldered, baru rasa ringan sket. RS aku pun dah jarang guna sebab dah sakit bahu. Hubby pun tak sporting, tak nak pakai RS tu. Hmm, jadi aku kena cari carrier baru, ala-ala Baby Bjourn gitu.



Aku refer dalam MBW forum, ada kajian mengatakan yang carrier yang sesuai utk baby adalah carrier yang boleh tampung berat badan baby dan keseluruhan paha dia (ini ayat aku). Carrier yang mcm Baby Bjourn tu menampung berat baby pada kelengkang dia (crotch style). Style ni tak baik untuk perkembangan tulang baby. Nanti kalau aku jumpa balik article tu, aku share..




Satu hari tu, aku n hubby pegi jalan ke Ampang Park dengan niat nak survey carrier yang sesuai. Kami pergi ke Tiny Tapir, kedai yang direcommendkan dalam MBW forum. Mcm-mcm carrier ada kat situ, ada pouch, RS, wrap, dan Soft Structured Carrier (SSC). Aku pun beritahu staff kat situ ttg kami punya keperluan. So, staff tu suggest beli SSC sebab yang double-shouldered carrier adalah SSC dan wrap. Wrap lebih sesuai kepada newborn baby. Hubby pun try la SSC kat situ sbb dia pun yang akan lebih kerap pakai. (Ke aku jugak yang kena dukung Adam?) Hubby try Ergo, Angelpack, Patapum, Pikkolo and Scootababy.


Dalam banyak-banyak tu, Angelpack, Patapum dengan Pikkolo paling dia suka. Pikkolo boleh foward facing tp harga dia mahal sangat. RM500++ utk satu carrier. So, kami pun decide nak pilih either angelpack atau patapum. Tapi disebabkan time tu Adam dah mengamuk nak tido, kami rasa baik kami balik fikir dulu.


Then, masa Parenthood Expo di Mid Valley haritu, kami decide nak beli juga SSC. Dah x tahan dah nak dukung Adam barehand mcm tu je. Time tu start puasa dan kami pun berkira-kira budget untuk raya. Rasanya mampu beli patapum je.. So, kami pun pergi booth Tiny Tapir dan try sekali lagi Patapum. Try punya try rasanya Adam lebih sesuai dalam Toddler Patapum sbb Baby Patapum dah kecil untuk dia. (Adam nih baby type panjang sket). Dapatlah Patapum
pada hari itu dengan harga RM370.00. Okla, sesuai dengan our budget.

Rupanya patapum nih product Italy. Kami pilih warna kanvas. Adam selesa sangat duduk dalam tu..

My Snugg Ring Sling

Dah lama x tulis dlm blog ni.. Sedar-sedar, adam dah semakin membesar. Masa 7 bulan check-up (now adam dah 10 bulan), berat adam 7.4 kg.. Hmm berat kan.... Aku pun dah x kuat nak dukung. Sekejap-sekejap bolehla.. Jadi aku pun mula la mencari carrier yang sesuai utk bantu aku dukung Adam..


Kami tinggal di apartment tingkat 3. So, mmg penat la naik tangga. Carrier yang pertama sekali aku beli, My Lovely Closet (MLC) pouch size M colour pink/green. Gambar dia lebih kurang mcm ni. Tp nih bukan aku, aku pinjam jap gambar dia..

Aku mmg fail pakai pouch ni. Dah la x tau pakai,besar pulak tu. Sgt la x selesa sampai babywearing ni jd x syok bg aku. Aku pun try surf susuibu.com dan tanya pada ibu-ibu kat website tu, carrier apa yg sesuai.. Pencarian aku bermula apabila sorg ibu tu (Dayangku) kenalkan aku pada website Malaysian Babywearing (MBW) forum. Aku pun byk refer kat web tu dan mmg ibu2 di situ byk membantu.


Aku pun berjinak-jinak dengan Ring Sling (RS). Baik sangat ada sorang ibu tu nama Liza bagi aku try RS dia. Yg ni Cotton Ring Sling red colour. Dia ajar aku mcm mana nak pakai RS ni. Beza RS dengan pouch, RS boleh adjust size, tp pouch one size je. Rupanya seronok juga babywearing ni.
















Bila dah boleh pakai, aku pun surf lg tentang RS ni. Rupanya RS ni boleh diperbuat oleh mcm2 jenis kain. Ada cotton, linen, silk, dan mcm2 lagi la.. Aku pun mencuba material kain yg lain dan pinjam lagi sekali dengan Liza. Liza beri Plushmint Silk Ring Sling. Cantik sgt.. Nih gambar nyer.. Silk RS mmg cantik, sesuai pakai pegi occasion/dinner. Tp leceh sket nak jaga sbb senang kedut.. Tp bila pakai, rasa sejuk jer..

















End up, aku pun buat keputusan nak beli RS sendiri. Aku nak beli RS yang kalau boleh bak share ngan hubby. Bleh hubby pakai sekali. Survey punya survey aku fikir nak beli sendiri kain cotton, nak costum made. Aku pun beli kain cotton kat Nagoya colour hitam putih dan minta Liza jahitkan. Hmm... aku puas hati sangat. Dia nyer tail aku minta buat V-shape. Cantik tak??

Itu la my 1st RS yang aku beli. Boleh bantu aku nak dukung adam naik tingkat 3 ngan bawa jalan2 ke taman permainan kat depan apartment tu. Biar adam lagi dekat dengan hati aku....

Thursday, July 23, 2009

Seronoknyer mandi kolam..


4 July haritu, aku n family pergi family day office aku dekat Tiara Beach Resort, PD. Seronok sangat x sabar nak bawak Adam mandi kolam. Aku n hubby belikan Adam pelampung and swimming suit.. Comel, brand Ogival. Pelampung brand Floaties..

Petang tu aku ader kursus & dalam kul 6pm baru dapat bawak adam mandi kolam.. excited sangat dia..


Esoknya, lepas sukaneka, aku pun bawak Adam mandi lagi.. Adam mmg suka air. Dah lama dalam air tu, aku pun angkat la keluar, dia marah, nak mandi lagi.. Aku bagi dia mandi lg.. Dah sampai terketar-ketar tu, baru aku angkat dia naik. Adam-adam... baby mana boleh mandi kolam lama-lama....

Lepas ni, nak bawak Adam mandi kolam lagi. Pastu nak ajar dia berenang. Biar dia boleh berenang dari kecil lagi..

Adam nih bila letak dalam air, kaki dia akan kayuh-kayuh, so harap-harapnye mudah la dia dapat berenang nanti..

Thursday, July 9, 2009

Akhirnya Adam meniarap juga..

21/6/2009 - Gigi Adam dah tumbuh masa 5 bulan, dalam hati ni, bila laa adam nak meniarap... Hujung bulan Jun nih, Adam genap 6 bulan. Aku baca dalam milestone baby, baby akan meniarap dari umur 2 bulan hingga 6 bulan. Apsal Adam aku ni belum meniarap lagi. Asyik mengiring je, tapi pusing x lepas. Xpe.. Tinggal lagi seminggu je, kalau x meniarap juga, aku kena fikirkan sesuatu...

29/6/2009 - Hari ni hari Ahad, kami satu family lepak kat rumah je. Sambil aku main-main ngan Adam, macam biasa adam buat aksi mengiring dia.. Tiba-tiba... Ehhh... Adam dah boleh meniarap!!! yeyeyy... Adam dah boleh meniarap.. Yang best nye, dia meniarap pastu tu dia roll-over balik jadi telentang.. Waaa...expert... Lepas nih, berguling-guling la Adam nampaknya.

Sekarang, Adam dah expert dah meniarap, kadang-kadang dia main sambil meniarap. Pastu guling-guling sampai hujung tilam toto. Carpet kat umah aku dah gulung simpan, takut gatal ke apa.. Bentang tilam toto je kat tengah. Lepas guna, lipat balik.. Xpelaaa buat anak tersayang...
Adam mama dah terror meniarap akhirnya, genap 6 bulan...


video

Tuesday, July 7, 2009

Adam dah ada dua gigi


Masa tu (30 Mei 2009) kenduri kawin adik aku yang no3, Afini. Adam pun nak masuk 5 bulan. Sepanjang kenduri tu, Adam asyik merengek saja. Nak berdukung je. Baring pun x nak. Apa laa x kena ngan baby aku nih.. Esoknya, tengah kemas rumah tiba-tiba sepupu aku yang nama Arif ni bgtau, "Eh, Adam dah tumbuh gigi kat bawah.." Aku pun apa lagi, suspen sgt.. Tengok-tengok, mmg ada 2 benda keras warna putih dekat gusi bawah dia. Yeyeyy Adam dah tumbuh gigi.. 2 batang, kecil lagi, cute sangat.. Patutla dia asyik nak menggigit je.. Dengan tangan mama dia pun dia gigit. Semua benda nak masuk mulut. Syayang mama nih...
Tapi dalam hati tu, Adam ni meniarap pun belum lagi, gigi dah tumbuh dulu. Mcm mana ni.. Nak start makan solid food ke tunggu 6 bulan. Mama aku dah suruh bagi makan sejak 4 bulan lagi. Tengokla macam mana nanti. Pastu, bila pulak dia nak meniarap nih? Xpe la, dah yang gigi ni nak cepat tumbuh, mungkin yang lain (meniarap) lepas ni kot... X sabar pulak nak tengok Adam meniarap.. Tengok, Adam nampak cute dengan 2 batang gigi yang comel... hhehehe....


Wednesday, June 17, 2009

The Crucial Moment..


Hari tu, 30hb Dec 2008, aku & hubby nak pegi jalan-jalan cari barang baby sket. Lagi pun, petang tu aku ada check up 39 minggu kat Annur Specialist. So, keluar awal la sket. Kami rasa dah lama tak jalan-jalan kat PJ. Maklumla, dulu masa blaja, tu la tempat kami dating, sekarang duduk Kajang, jarang pegi sana. Aku lak teringin sangat nak makan nasi goreng melaka di SS14 tu. Apa lagi, suami aku pun bawa la pegi sana. Lepas makan, kami pegi shopping dekat Babyland SS2, PJ. Dah selesai shopping, lalu dekat area kilang tu, ade lak warehouse sale barang-barang lelaki. Suami ku pun singgah la kejap. Sedar tak sedar dah pukul 4 pm, kami pun bergegas pegi klinik. Sampai dekat Annur, pukul 4.30 ptg, ramainya ibu-ibu tengah tunggu turn jumpa doc. Aku pun tunggu la turn aku..

Bermulalah saatnya di sini...

6.30 pm (30hb Dec 2008) - Namaku dipanggil, Dr Fatimah dah balik dari bercuti, so aku diperiksa oleh doctor ku sendiri. Doc kata pada minggu ke-39, pangkal rahim akan diperiksa. Aku pun disuruh baring. Ngeri juga sbb 1st time kena seluk ni. Tiba-tiba muka Dr Fatimah berubah. "You tak rasa sakit ke? Dah buka 5 cm.." Terkejut aku ngan suami. Aku mmg x rasa apa-apa. Malah syok berjalan lagi hari tu. Doc suruh aku admit ward petang tu juga. Aku nak balik ambil barang pun Doc x bagi & suami yang ambilkan.

8.00 pm (30hb Dec 2008) - Bukaan rahim dah 6cm. Aku dibawa ke Bilik Lavendar 3. Bilik bersalin di Annur ada 3. Aku rasa suspen sangat. Tp doa tetap aku x lupa. Air selusuh pun aku minum sebagai ikhtiar. Waktu tu, aku tiba-tiba teringat kat mama, bila la mama nak sampai ni.. Abah & mama aku terkejut sbb due lagi seminggu. Aku & suami pun rehat la di bilik tu malam ni.






10.00 pm (30hb Dec 2008) - Ermm.. bila la aku nak bersalin.. Apsal aku x rasa sakit pun.. Aku ngan husband siap makan nasi goreng lagi malam tu sbb taktau nak buat ape. Pastu aku jalan-jalan tengok baby baru lahir. Cutenyer baby.. Nurse tanya, "Puan x sakit ke? Aku mmg tak rasa sakit. Pelik kan. Nurse tanya dah berapa contraction? Aku xleh nak jawab. So diorg pun check pakai mesin yg ukur contraction tu. Lebih kurang sekali dalam setengah jam..

12.00 am (31hb Dec 2009) - Dr Fatimah datang check. Bukaan rahim ku baru 7cm. Dia kata tunggu lagi. Aku ngan husband pun dah penat tunggu. Ibu-ibu yang sakit bersalin kat sebelah bilik ku dah kuar pun & masuk ibu yg baru. Dah hampir 3 baby dah lahir rasanya.. Aku & hubby gelak je. Takut-takut juga, suspen-sespen juga. Aku tak tau nak buat ape, abis roti Gardenia aku makan. Pastu aku gi jalan-jalan lagi. At last, nurse suruh aku tidur.

4.00 am (31hb Dec 2009) - Tiba-tiba Dr Fatimah masuk lagi sekali. Dia check dan kata akan pecahkan air ketuban. Macam banjir air ketuban keluar. Hehehe.. mula la aku rasa sakit. Sakit sangat.. Contraction makin kerap. Lebih kurang 15 minit sekali. lepas tu mcm 10 minit sekali. then, 5 minit sekali. Tiba-tiba aku dengar azan subuh (Annur berhadapan dengan Masjid Hijau Bangi, SS9). Sayu sangat rasa hati. Doc suruh suami pegi solat dulu, sebab lepas ni, bila-bila masa sahaja aku akan bersalin. Doakan aku selamat ya...

7.00 am (31hb Dec 2008) - Hari ni hari terakhir 2008. Tepat jam 7 pagi, dengan 3x teran, Muhammad Adam Firdaus dilahirkan. Alhamdulillah, aku bersalin secara normal. Berat Adam 3.15kg, sihat tubuh badan. Suami ku yang azan kan Adam. Gembira sangat, walaupun terasa penat. Aku bertarung selama 3 jam untuk melahirkannya. Memang sakit tapi kegembiraannya lebih dari itu. Permata hatiku, mama doakan Adam sihat, jadi anak yang soleh, bijak, dan mama harap dapat jadi mama yang terbaik untuk Adam...

Tuesday, June 16, 2009

Small family in brown


Inilah keluarga kecil ku. Suamiku, aku dan my baby Adam. Rasa lengkap dah kan.. Masa gambar ni diambil, kami baru nak keluar pegi jalan-jalan. Tapi sempat posing jap. Semoga keluarga ini kekal bahagia selama-lamanya..

My man..



Org kata, tak kenal maka tak cinta. Perkenalan kami bermula semasa menuntut di universiti dulu. Sama-sama satu kolej masa 1st year dulu, tahun 2002. Lepas tu dia pindah kolej lain. Then, masa 2nd year (2003) baru la berkawan. Dah 3rd year (2004), baru declare (couple). Lama kan... Nak buat mcm mana.. Masa bercinta mmg semuanya indah. Tapi kami ni bukan couple yg type hanyut-hanyut tu.. Kami dating just jalan-jalan & makan je. Bile time exam, dating kat library... study la.. Dia soal aku, aku soal dia.. Guess what?? Result masa 3rd year tu, wahhh dean's list terus. Hmm.. sapa kata bila couple xleh blaja. Malah bercouple juga bleh motivate masing-masing. Then, bila abis blaja, kami sama-sama cari kerja. Mula-mula keja biasa-biasa je dulu, cari pengalaman. Then lepas 6 bulan macam tu, macam2 tawaran dia terima. Nak jadi lecturer ke (Skim tenaga pengajar muda UITM), nak jadi pegawai LHDN ke? (Kat Setiawangsa, tp kena gi training 9 bulan) atau keje dengan PETRONAS? Hmm.. lecturer kena pegi blaja master & LHDN kena training dulu. So, PETRONAS menjadi pilihan. Alhamdulillah, setelah 2 tahun dengan petronas, cukupla duit nak hantar rombongan meminang.. Itulah serba sedikit about my man, MOHD FAIRUZ BIN AHMAD.. my adorable husband...