Baru balik dari Kuching Sarawak, ambil cuti rehat lagi sehari utk rest. Tapi pagi-pagi lagi dah dapat panggilan telefon dari office ada kerja urgent untuk diambil tindakan. Aduh, apa ya?? Rupa-rupanya lin dihantar untuk attachment training ke Indonesia oleh MARDI. Kelam-kabut juga dibuatnya. Jadi tarikh yang diberi adalah minggu depannya iaitu bertolak 22 Mei 2011 sehingga 4 June 2011 selama 2 minggu..
Nama training tu adalah Training on Post Harvest Handling & Processing Technologies on Mangoes for Small & Medium Enterprise for Officer of MOA Malaysia. Bertempat di Lembang, Jawa Barat, Indonesia. Jadi setelah digoogle di manakah Lembang itu berada, maka baru lah tahu yang Lembang ni terletak di Bandung. Di Lembang, nama tempat training adalah Balai Besar Pelatihan Pertanian Lembang di Kayu Ambon, West Bandung, West Java, Indonesia.
Jadi latihan bermula pada hari Isnin dengan dimulai dengan upacara pembukaan, team building dan seterusnya campus orientation. Hari-hari seterusnya selama 6 hari kami ada teori tentang post harvest handling technology.
Sebelum tu, member-member dari MOA yang lain adalah seramai 6 orang termasuk lin. Bermula dengan Rohaya (DOA Putrajaya), Hasfa Azian (MADA), Liew Chia Yun (DOA Sarawak), Abd Syukor (DOA Perlis) dan Zahari (LPP Perlis). Kira kami panggil semua ni group mango laa.. Sambung balik, lepas teori selama 6 hari, kemudian ada praktikal. Jadi masa praktikal ni kami diajar bagaimana nak buat sorbet, manisan, dodol dan chutney mangga. Jadi kami pun masuk kelas masak-masak. Habis kelas masak-masak, next adalah field visit. Field visit ni dah masuk minggu ke-2. Jadi kami bermula dengan melawat Perusahaan membuat dodol dan wajik dari nanas Lia Sari di Subang. Kira macam Pengusaha kecil & sederhana la.. Sedap betul wajik dia. Yang tengah antara lin dan En Syukor tu owner dia, Ibu Ika Kartika. Kemudian kami terus ke LIBI yang juga terletak di Subang. LIBI ni sebenarnya adalah institut penyelidikan seperti MARDI. Keesokannya, kami bertolak dari Lembang ke Bandung semula untuk melawat syarikat pengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran bernama CV Alamanda. Besar juga company ni.. Then selepas tu kami bergegas ke Cirebon iaitu satu tempat sempadan antara Jawa Barat dan Jawa Tengah yang terletak di tepi laut. Perjalanan mengambil masa 6 jam...Di Cirebon, kami melawat satu lagi syarikat pengeksport buah-buahan iaitu CV Sumber Buah. Kami juga melawat ladang mangga kerana Cirebon adalah kawasan terbesar pengeluar mangga di Jawa Barat. Cuaca di Cirebon mmg sama seperti Kedah & Perlis. Panas sangat... Pastu banyak sawah padi... Lepas pergi ladang mangga, kami pergi ke Pengusaha kecil & Sederhana membuat manisan dan jus. Dapat la rasa jus mangga dan juga manisan mangga...Keesokannya, kami bertolak ke Kuningan, satu lagi kawasan pertanian di Jawa Barat untuk melihat pembuatan jus air limau nipis. Kat indonesia mereka panggil jeruk nipis peras (JENIPER). Cantikkan packaging dia.. Then, kami terus bertolak ke Bandung semula yang mengambil masa perjalanan 7 jam..
Esoknya adalah majlis penutup bagi latihan kami di Lembang.. Rindu makin terasa nak balik sebab dah 2 minggu tinggalkan suami dan Adam di rumah.. Rindunyer.. Tak sabar betul nak balik time tu.. Akhirnya, tamat juga latihan lin selama 2 minggu di Lembang, Jawa Barat, Indonesia...
ko mmg pencinta dunia sains yg sejati lah mek......aku skarang dah jd saintis pencen...bila tgk gambor2 ni teringat balik masa dok wat keje lab kt UM dulu especially lab biochem serangga...
ReplyDeletenak wat camner mek.. dah keje aku.. sampai pencen tu... lab serangga ekk, aku pun nak tergelak kalau ingat. ada ke kita kena lukis gambar semut sebiji-sebiji.. pastu kena kira lak kumbang jantan ngan betina.. tp rindu masa kat UM dulu..
ReplyDelete