Baru pulang dari Singapura,
Jalan-jalan sini sana,
Oh indahnya kami rasa.
Kami bercuti ke Singapura pada 29hb Jan sampai 31hb Jan 2011. Hala pergi kami naik AirAsia dari LCCT ke Changi Airport. Alkisahnya, mula2 memang x jadi pergi tapi fikir2 aku beli tiket ni masa promotion AirAsia tahun 2010 lagi, rasa sayang pulak kalau batal.. So kami go on jer laa.. Sampai di LCCT jam 10.30am dan tiket kami jam 12.30pm. So lepak kat LCCT dulu..
Jam 12.30 kami dibenarkan masuk. Kali ni, Adam dapat seat dia sendiri sbb cukup-cukup 2 tahun. Sebelum ni, mmg aku riba dia.. So kami dah prepare mainan supaya dia leka masa flight nak naik nanti. Masa dianggarkan 1 jam jer..
Dah sampai Changi Airport pada pukul 1.30pm. Perut terasa lapar, singgah makan McD yang dibungkus kat LCCT tadi. Dah budget dah, bila tgk price kat Singapore nih, x2.5 laaa...
Ni aku naik escalator yang paling tinggi dan curam la aku penah naik. Gayat gak... Then terus menaiki MRT ke Hotel Fragrance Ruby di Geylang Road.
Check in di Hotel Fragrance Ruby SGD 60 satu malam, so total 2 malam = SGD 120. Lepas rehat dan solat, kami pun berjalan-jalan. Target hari ni 29hb Jan, kami nak pergi Lucky Plaza nak beli perfume, baju dan makan kat Ayam Penyet Ria..
Beli perfume Ardenbeauty by Elizabeth Arden SGD 45 dan perfume hubby Hugo boss SGD58 kat Lucky Plaza. Dapat makan Ayam penyet ria tapi baju satu pun x beli sbb xde yang berkenan.. Jam dah kul 9 mlm, terus balik ke Hotel untuk tido. Penat nyer hari pertama...
Hari ke-2, 30hb Jan, plan nak jalan2 kat Orchard Road, pergi Marina Bay Sand, Merlion & Singapore Flyers, pastu nak makan murtabak kat Restoran Zam Zam yang famous tu.. Yang gambar air terjun tu, Fountain of Wealth. Org baling syiling dalam tu dan niat la apa-apa yang diorang nak..
Cuaca x best hari ni kerana sepanjang hari hujan. Terpaksa beli payung kat 7E supaya perjalanan dapat diteruskan. Walau bagaimanapun, rancangan ke Merlion, Singapore Flyer dan Marina Bay Sand terpaksa dibatalkan kerana hujan turun sangat lebat. Ambil gambar dari jauh pun jadilaa..
Akhirnya kami sampai di Restoran Zam Zam di Arab Street. Restoran ni betul-betul depan Masjid Sultan. Mmg perut dah lapar so hubby order Nasi Briyani ayam, nasi briyani daging dan murtabak ayam. Punya la laparkan... Tapi bila sampai, mak aiii banyak nyer nasi dia.. Satu nasi tu bleh makan 2 org. Adam pula tido kepenatan, so kami bungkus bawa balik Nasi briyani ayam untuk Adam dan Murtabak pun separuh je dapat makan, separuh lagi bungkus sbb besar betul murtabak dia.. Alhamdulillah kenyang.. Misi makan tercapai.... Then, kami balik hotel dulu, rehat, bagi Adam makan kenyang2, solat dan bersiap untuk ke Sentosa Island pula. Trip kali ni tidak berhajat pun nak masuk Universal Studio kerana Adam masih kecil. Banyak game yang x benarkan budak bawah 90cm untuk main. So daripada membazir, kami just pusing2 Sentosa Island. Semua penjuru kami pergi sampai bertolak balik pukul 8 mlm dan terus ke Geylang Serai utk makan malam. Then balik hotel, tido...
Hari akhir, 31hb Jan 2011, kami pun bersiap untuk berjalan-jalan di Singapore. Seperti biasa hari hujan, tapi kami redah juga.. Pagi ni plan nak ke Mustafa Centre, hubby nak cari kasut dan cenderahati.. Lepas tu kami ke Arab Street untuk beli kain cotton. Org kata kat sini kain dia cantik-cantik. Then, target kami nak makan kat Restoran Hjh Maimunah yang glamour gak tu..Lepas makan, kami siap-siap solat kat Masjid Sultan sebelum bergerak ke bus station. Lupa plak, kami akan pulang ke KL dengan menaiki bus transnasional Singapore-KL. Lin tak beli tiket flight balik sbb Airport Tax Changi Airport mahal. Tu belum convert lagi.. Singgah jap kat Kampung Glam tengok-tengok kawasan tu, then amik bus ke Kallang Road, tempat bus station ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment