Wednesday, January 19, 2011

Happy 2nd Birthday my son

Happy birthday to you..
Happy birthday to you...
Happy birthday to Adam..
Happy birthday to you......

Tanggal 31 Disember 2010, genapla usia Adam 2 tahun.. Dah besar dah anak aku rupanyer.. Dah makin bijak, rajin, manja pun ada jugak.. Yang paling ketara, Adam dah banyak cakap.. Walaupun pelat, tapi ada jer benda dia nak cakap.. Naik pening mama ngan abah dia x faham bila ada sesuatu yang nak cakap tu kami x faham..
Sambutan birthday Adam kami buat kecil-kecilan sahaja. Ajak family jer.. Tahun ni kek Adam bertemakan Spongebob dan Patrick. Kartun kegemaran Adam.. Tapi Adam x panggil Spongebob, sebaliknya panggil Squarepant.. Tu yg org lain x paham apa yang ada sebut tu.. biasa org panggil spongebob tp Adam panggil Squarepant.. Pelik betul anak aku nih..
Jamuan nyer hanyalah mihun goreng, keropok lekor dan sedikit buah-buahan.. Simple tapi meriah... Sepupu Adam, Sarah Auni pun datang, apalagi main belon la diorg berdua tu sampai habis meletup dibuatnya.. Hadiah Adam tahun ni kami berikan basikal 3 roda tu.. Tapi kami beli yang org dewasa bleh handle kat belakang tu sbb Adam belum tahu kayuh lagi.. Lagipun, mmg tempat pengayuh tu tak sampai kakinya...
Untuk Adam, mama doakan Adam panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh dan bijak, dan kesihatan yang baik hendaknya.. Mama ngan Abah sayang Adam sangat...





No comments:

Post a Comment