Kami bertolak hari Sabtu dengan MAS dan tiba di KK terus ambil kereta sewa menuju ke Kundasang. Kami sampai di Kundasang around pukul 5pm tapi dah mcm nak gelap sbb kat sana kan cepat 1 jam. So suasana dia mcm kul 6 ptg gitu. Mula-mula sampai mmg excited giler sbb dah rasa dah kesejukannya dan angin pun tiup kencang. Dari mendaki sampai ke pekan Kundasang cuaca sgt baik. Mmg nasib kami baik dapat lihat gunung kinabalu dengan clear skali.. Dekat mcm atas kepala jer... terasa seronok ngan bangga sangat. Kami sempat round2 pekan Kundasang tu dan dinner kat satu restoran kat situ.. Tgh2 sejuk mcm ni makan nasi ngan hirup sup panas mmg sedap..
Hari dah semakin gelap, angin pun dah semakin sejuk. Lepas perut dah kenyang, kami pun bergerak ke hotel utk check in. Kami tidur di Kinabalu Rose Cabin satu malam RM110. Sejuk giler malam tu sampai pakai sweater ngan stokin pun still menggigil..
Esok pagi, selepas solat subuh, aku ngan hubby jalan sekitar hotel. Nak pergi breakfast, adam tido lagi. So, kitorg pun snap2 gambar je sekitar tu. Pagi tu kabus tebal mmg puncak gunung pun x nampak. Tgk kat termometer kat dinding hotel tu menunjukkan 18oC. So, agak2 malam tadi berapalaa suhu dia???
Lepas breakfast kami pun mulakan perjalanan. Mula2 skali pegi Poring HotSpring kat Ranau. Pegi yang jauh dulu sbb takut sesat lama. Best giler air dia panas giler.. Ramai yang mandi, tp sbb kami x bawak baju lebih, so celup kaki jer la..
Lepas pergi hotspring, kami berhenti makan di Ranau. Pusing2 pekan Ranau sekejap, terus naik balik ke Kundasang, X sempat nak pergi ladang Teh Sabah sbb masa x cukup. Then, selepas mendaki kami singgah di Pekan Kundasang utk beli sayur-sayuran bawa balik ke KL.
Next destination adalah Mesilau Cattle Farm. Kat sini kami dapat tengok lembu-lembu yang gemuk2 tgh perah susu. Tempat ni cantik sangat ala-ala New Zealand gitu.. Rumput dia panjang dan hijau lain mcm. Kami beli sikit susu segar utk minum on the way balik nanti. Adam suka perisa coklat..
Dari Mesilau dah pukul 3pm. Kami kena balik before 5pm sbb takut dah gelap, bahaya untuk drive. Walaupun, banyak lagi tempat nak pegi, so terpaksa potong untuk pergi last place sebelum bertolak balik ke KK. So, kami decide pergi Kinabalu National Park. Kami naik sampai ke point untuk mendaki iaitu Pondok Timpohon.
Akhir sekali dah hampir pukul 5pm, kami pun bertolak pulang ke KK. Sampai di KK dalam pukul 7pm hari dah gelap mcm pukul 8pm di semenanjung. Hubby pun check in di Sutera Harbour Resort dan kami bermalam selama 2 hari di sana...
No comments:
Post a Comment