Dah lama x menulis dalam blog ni.. mcm2 benda yang kena buat dan tugasan kerja pun berlambak2 masa pertengahan tahun ni.. Hari ni baru ada masa nak update balik..
Ok.. Nak citer pasal apa Lin buat pada bulan Julai 2010 ni.. Ok, yang menyebabkan lin busy sangat pada bulan tu adalah sbb menyertai International Pineapple Symposium yang berlangsung di Persada Johor, JB. Masa simposium ni lin ada bentangkan paper ttg nanas. So, acara ni berlangsung selama 3 hari dan aku stay kat Puteri Pacific JB. Sepanjang berada di JB, kami sempat jalan2 kat Danga Bay, makan Murtabak Singapore dan mcm lagi..
Pastu lepas habis jer simposium ni, aku tanya hubby nak pegi mana jalan2 kat JB ni? Hubby ckp, JB mcm xde ape2 jer, so apa kata kita pegi Barat@ Timur Johor. Nak pegi Singapore, adam x de pasport lagi.. So, kitorg pun tgk peta apa yang ada kat barat and timur johor. Kat barat ada Kukup, Tanjung Pelepas dan Tanjung Piai manakala kat timur ada Kota tinggi..
Lin mcm penah dengar jer dulu mama penah citer pasal penghujung terselatan Asia ada kat Johor.. so kitorg check nama tempat tu Tanjung Piai National Park. Taman Negara Tanjung Piai nih lagi selatan daripada Singapore. Kira mcm tanjung la... So, kitorg pun decide nak pegi Tanjung Piai..
Sampai sana, mcm x menarik jer.. tapi lepas masuk dalam tu.. best nyer tempat ni.. Ni lin share gambar..
Lepas pergi Tanjung Piai National Park tu kami singgah mkn kat Tanjung Piai Resort. Makan seafood sedap giler dekat pelantar atas laut.. Paling best x ingat adalah tom yam ketam die.. Manis giler ketam fresh...
Pastu kitorg pun bergerak utk balik. Tapi sebelum tu sempat singgah kat Kukup. Mula2 ingat nak pegi pulau kukup tapi petang tu feri dah abis.. Baru ku tahu yang boleh juga pegi Indonesia mll Jeti kat Kukup ni. Siap ada imegresen lagi.. Tambang sorg dewasa RM100. Nasib baik adam xde pasport, kalau x, mahu aku extend cuti lagi pegi Indonesia pulak.. hehehe..
Then lepas tu kitorang meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur..
No comments:
Post a Comment