Friday, October 22, 2010

Duplicate!!


Tengokla gambar ni.. sama kan.. Mmg duplicate anak ngan abah.. Perangai pun lebih kurang sama.. Dua2 suka aiskrim.. Yang penting dua2 manja ngan aku.. Ni la 2 hero dalam hati aku..

Sutera Harbour Resort

Ni sambungan daripada trip ke Kundasang. Lepas balik dari Kundasang, kami sampai di Sutera harbour resort dan check in dalam pukul 7pm.. Masa mula-mula masuk Sutera Harbour tu, wahhh.. cantiknya.. Besarnya resort ni. mana nak pergi ni.. Kami check dalam booking tertulis The Magellan Sutera, so kami terus drive ke situ.
Walaupun hubby dah book The Magelan Sutera tapi pihak hotel kata dah fully reserved and they say so sorry about that. Then pihak hotel convertkan booking kami ke The Pacific Sutera. So, kami pun bergegas ke The Pacific Sutera.
Sampai kat bilik, wah.. cantiknya bilik.. lagi cantik dari Hyatt KK yang kami pernah menginap sblm nih.. So kami pun berehat dan tido dengan lena dan kepenatan pada malam tu..

Esoknya hubby ada meeting. Aku just berjalan2 kat area resort sambil menikmati kecantikan resort ni.. Petang hubby balik meeting baru nak pergi town. Kami dah book shuttle bas hotel utk ke town.
Mcm2 ada dekat hotel ni. Selain ada 2 buah hotel, ada sport and recretional centre, ada marina dan mcm2 lagi.. Swimming pool pun byk giler.. Yang dekat sport centre ada swimming pool olympic siza, bowling, cinema dan mcm2 lagi.. Pendek kata, aku x jemu la dok hotel ni... Kelab golf pun ada. Marina dia besar ngan cantik giler. Ni lin share gambar di Sutera Harbour Resort. Ada sesetengah gambar ni lin ambil dr website sutera harbour. So, acknowledgement to sutera harbour resort..

Thursday, October 21, 2010

Trip Ke Kundasang

Nih lin nk citer pasal 2nd trip ke negeri Sabah di bawah bayu.. Kali ni lin pegi, plan utama nya nak pegi tengok Gunung Kinabalu kat Kundasang. Nak daki, belom lagi.. mungkin satu hari nanti... Insya Allah..

Kami bertolak hari Sabtu dengan MAS dan tiba di KK terus ambil kereta sewa menuju ke Kundasang. Kami sampai di Kundasang around pukul 5pm tapi dah mcm nak gelap sbb kat sana kan cepat 1 jam. So suasana dia mcm kul 6 ptg gitu. Mula-mula sampai mmg excited giler sbb dah rasa dah kesejukannya dan angin pun tiup kencang. Dari mendaki sampai ke pekan Kundasang cuaca sgt baik. Mmg nasib kami baik dapat lihat gunung kinabalu dengan clear skali.. Dekat mcm atas kepala jer... terasa seronok ngan bangga sangat. Kami sempat round2 pekan Kundasang tu dan dinner kat satu restoran kat situ.. Tgh2 sejuk mcm ni makan nasi ngan hirup sup panas mmg sedap..













Hari dah semakin gelap, angin pun dah semakin sejuk. Lepas perut dah kenyang, kami pun bergerak ke hotel utk check in. Kami tidur di Kinabalu Rose Cabin satu malam RM110. Sejuk giler malam tu sampai pakai sweater ngan stokin pun still menggigil..

Esok pagi, selepas solat subuh, aku ngan hubby jalan sekitar hotel. Nak pergi breakfast, adam tido lagi. So, kitorg pun snap2 gambar je sekitar tu. Pagi tu kabus tebal mmg puncak gunung pun x nampak. Tgk kat termometer kat dinding hotel tu menunjukkan 18oC. So, agak2 malam tadi berapalaa suhu dia???


Lepas breakfast kami pun mulakan perjalanan. Mula2 skali pegi Poring HotSpring kat Ranau. Pegi yang jauh dulu sbb takut sesat lama. Best giler air dia panas giler.. Ramai yang mandi, tp sbb kami x bawak baju lebih, so celup kaki jer la..














Lepas pergi hotspring, kami berhenti makan di Ranau. Pusing2 pekan Ranau sekejap, terus naik balik ke Kundasang, X sempat nak pergi ladang Teh Sabah sbb masa x cukup. Then, selepas mendaki kami singgah di Pekan Kundasang utk beli sayur-sayuran bawa balik ke KL.

Next destination adalah Mesilau Cattle Farm. Kat sini kami dapat tengok lembu-lembu yang gemuk2 tgh perah susu. Tempat ni cantik sangat ala-ala New Zealand gitu.. Rumput dia panjang dan hijau lain mcm. Kami beli sikit susu segar utk minum on the way balik nanti. Adam suka perisa coklat..

Dari Mesilau dah pukul 3pm. Kami kena balik before 5pm sbb takut dah gelap, bahaya untuk drive. Walaupun, banyak lagi tempat nak pegi, so terpaksa potong untuk pergi last place sebelum bertolak balik ke KK. So, kami decide pergi Kinabalu National Park. Kami naik sampai ke point untuk mendaki iaitu Pondok Timpohon.

Akhir sekali dah hampir pukul 5pm, kami pun bertolak pulang ke KK. Sampai di KK dalam pukul 7pm hari dah gelap mcm pukul 8pm di semenanjung. Hubby pun check in di Sutera Harbour Resort dan kami bermalam selama 2 hari di sana...

Penghujung Terselatan Asia

Dah lama x menulis dalam blog ni.. mcm2 benda yang kena buat dan tugasan kerja pun berlambak2 masa pertengahan tahun ni.. Hari ni baru ada masa nak update balik..

Ok.. Nak citer pasal apa Lin buat pada bulan Julai 2010 ni.. Ok, yang menyebabkan lin busy sangat pada bulan tu adalah sbb menyertai International Pineapple Symposium yang berlangsung di Persada Johor, JB. Masa simposium ni lin ada bentangkan paper ttg nanas. So, acara ni berlangsung selama 3 hari dan aku stay kat Puteri Pacific JB. Sepanjang berada di JB, kami sempat jalan2 kat Danga Bay, makan Murtabak Singapore dan mcm lagi..



Pastu lepas habis jer simposium ni, aku tanya hubby nak pegi mana jalan2 kat JB ni? Hubby ckp, JB mcm xde ape2 jer, so apa kata kita pegi Barat@ Timur Johor. Nak pegi Singapore, adam x de pasport lagi.. So, kitorg pun tgk peta apa yang ada kat barat and timur johor. Kat barat ada Kukup, Tanjung Pelepas dan Tanjung Piai manakala kat timur ada Kota tinggi..

Lin mcm penah dengar jer dulu mama penah citer pasal penghujung terselatan Asia ada kat Johor.. so kitorg check nama tempat tu Tanjung Piai National Park. Taman Negara Tanjung Piai nih lagi selatan daripada Singapore. Kira mcm tanjung la... So, kitorg pun decide nak pegi Tanjung Piai..

Sampai sana, mcm x menarik jer.. tapi lepas masuk dalam tu.. best nyer tempat ni.. Ni lin share gambar..








Lepas pergi Tanjung Piai National Park tu kami singgah mkn kat Tanjung Piai Resort. Makan seafood sedap giler dekat pelantar atas laut.. Paling best x ingat adalah tom yam ketam die.. Manis giler ketam fresh...

Pastu kitorg pun bergerak utk balik. Tapi sebelum tu sempat singgah kat Kukup. Mula2 ingat nak pegi pulau kukup tapi petang tu feri dah abis.. Baru ku tahu yang boleh juga pegi Indonesia mll Jeti kat Kukup ni. Siap ada imegresen lagi.. Tambang sorg dewasa RM100. Nasib baik adam xde pasport, kalau x, mahu aku extend cuti lagi pegi Indonesia pulak.. hehehe..

Then lepas tu kitorang meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur..