Friday, January 15, 2010
Rumah baru @ Taman Kejora Kajang, Part 2
Wednesday, January 6, 2010
Rumah Baru @ Taman Kejora Kajang, Part 1
No 39, Jalan Kejora 3, Taman Kejora, 43000 Kajang, Selangor
Tu la alamat rumah baru aku.. Pada tahun 2008, aku dan hubby decide nak cari rumah. Bukan apa, sampai bila nak menyewa kan.. Daripada bayar rumah sewa, baik beli rumah. Buat pelaburan jangka panjang.
Banyak gak tempat kami survey, dari area Cheras (Bandar Tun Hussein On & Mahkota Cheras), Area Bangi (SS7,8,13, Sungai Merab, byk lagi la), Area Serdang (Bandar Puncak Utama), Area Puchong (Area Pasar Borong Selangor, Dekat Jusco Equine, semua harga kat situ RM400 K ke atas.. ) & Area Kajang (Semenyih, Bandar Tek Kajang, Taman Bukit Mewah, Taman Sutera) dan byk lagi la sampai x ingat.
Akhirnya sebelum aku bersalin tu, kami pun decide nak beli dekat projek yang paling dekat dengan umah kami sewa skg iaitu projek perumahan baru bernama Taman Kejora. Aku duduk Taman Kajang Utama.
Jadi selepas bayar booking RM1000, kami pun sign S&P dan loan pula, suami aku bersetuju akan menggunakan semua loan dia. Harga rumah termasuk tanah RM 301 000 ++.
Kami pilih corner lot double storey, total area 2307 sqfeet. Rumah kecil saja, 24x55 bersamaan keluasan 1320 dan selebih nye tanah. Rasa beruntung sangat dapat grab rumah ni sbb kami dapat cornet lot dengan harga lebih kurang RM300 K. Area kajang x dapat cornet lot harga tu, semua mesti cecah RM400K. Kami rasa rumah ni sesuai dengan kemampuan kami. X perlu rumah besar tp harga mahal, bayar bulan-bulan nanti sakit..
Taman Kejora ni mmg tengah-tengah bandar Kajang, kawasan Sungai Chua, x sampai 1km pun dari highway SILK. Senang access ke bandar Kajang, KL dan sudah semestinya ke MARDI (tempat aku kerja) Lebih kurang 15 minit je kalau x jem.
Nih pada bulan April 2009:
Monday, November 2, 2009
My Patapum Soft Structured Carrier
My Snugg Ring Sling

Kami tinggal di apartment tingkat 3. So, mmg penat la naik tangga. Carrier yang pertama sekali aku beli, My Lovely Closet (MLC) pouch size M colour pink/green. Gambar dia lebih kurang mcm ni. Tp nih bukan aku, aku pinjam jap gambar dia..
Aku mmg fail pakai pouch ni. Dah la x tau pakai,besar pulak tu. Sgt la x selesa sampai babywearing ni jd x syok bg aku. Aku pun try surf susuibu.com dan tanya pada ibu-ibu kat website tu, carrier apa yg sesuai.. Pencarian aku bermula apabila sorg ibu tu (Dayangku) kenalkan aku pada website Malaysian Babywearing (MBW) forum. Aku pun byk refer kat web tu dan mmg ibu2 di situ byk membantu.
Aku pun berjinak-jinak dengan Ring Sling (RS). Baik sangat ada sorang ibu tu nama Liza bagi aku try RS dia. Yg ni Cotton Ring Sling red colour.
Bila dah boleh pakai, aku pun surf lg tentang RS ni. Rupanya RS ni boleh diperbuat oleh mcm2 jenis kain. Ada cotton, linen, silk, dan mcm2 lagi la.. Aku pun mencuba material kain yg lain dan pinjam lagi sekali dengan Liza. Liza beri Plushmint Silk Ring Sling. Cantik sgt.. Nih gambar nyer..
End up, aku pun buat keputusan nak beli RS sendiri. Aku nak beli RS yang kalau boleh bak share ngan hubby. Bleh hubby pakai sekali. Survey punya survey aku fikir nak beli sendiri kain cotton, nak costum made. Aku pun beli kain cotton kat Nagoya colour hitam putih dan minta Liza jahitkan. Hmm... aku puas hati sangat. Dia nyer tail aku minta buat V-shape. Cantik tak??
Itu la my 1st RS yang aku beli. Boleh bantu aku nak dukung adam naik tingkat 3 ngan bawa jalan2 ke taman permainan kat depan apartment tu. Biar adam lagi dekat dengan hati aku....
Thursday, July 23, 2009
Seronoknyer mandi kolam..
4 July haritu, aku n family pergi family day office aku dekat Tiara Beach Resort, PD. Seronok sangat x sabar nak bawak Adam mandi kolam. Aku n hubby belikan Adam pelampung and swimming suit.. Comel, brand Ogival. Pelampung brand Floaties..
Petang tu aku ader kursus & dalam kul 6pm baru dapat bawak adam mandi kolam.. excited sangat dia..
Lepas ni, nak bawak Adam mandi kolam lagi. Pastu nak ajar dia berenang. Biar dia boleh berenang dari kecil lagi..
Adam nih bila letak dalam air, kaki dia akan kayuh-kayuh, so harap-harapnye mudah la dia dapat berenang nanti..
Thursday, July 9, 2009
Akhirnya Adam meniarap juga..
Tuesday, July 7, 2009
Adam dah ada dua gigi

