Teringat lak lagu raya M Nasir yang evergreen sampai skg.. Best lagu tu.. Lagu ni antara lagu favorite Lin time2 raya ni.. Bleh la pulak tgh rindu nak balik raya hubby bleh tukar lagu raya sedih yang beraya di perantauan tu.. Haish..
Tahun ni Lin beraya di Oman.. Dah decide awal sbb baru sgt sampai di Muscat ni, so ingat nk cuba beraya sendiri tahun ni.. Pada mulanya, mmg xde perasaan, tapi tiba2 lepas jer isytihar esok raya pastu en hubby start takbir dan pasang lagu raya, tiba2 jer hati ni sebak sgt.. Lin ni dah la pelakon air mata.. Mudah benar nak banjir kalu feeling sedih2 ni.. Huhu..
Ok, berbalik kpd citer asal, tgh sibuk mengemas rumah Dan buat persiapan raya ni, sekali dapat satu panggilan telefon. Uiks, no Oman ni.. Mr hubby: Hello Assalamualaikum?? Mr ?? : Waalaikumussalam.. How are you? I'm Khamis here. Azlin's friend.. Di pendekkan cerita, rupanya Mr Khamis ajak sambut raya dengan dia. Kepada yg tak kenal Mr Khamis ni, dia ni adalah kawan Lin yg jumpa masa dia tgh buat attachment di MARDI bulan jun aritu.. So, kitorg dah kenal masa kat Malaysia lagi dan kebetulan pula hubby kena posting ke Oman, hmm mmg Allah Maha berkuasa, Maha bijaksana.. Jadi kami macam ada family angkat pula kat Oman ni.. So dia ajak kami beraya di kampung dia. Nama tempat tu Al-shariyyah di dalam Al-Sharqiyah Region. Jauh dan luar dari Muscat.. Alhamdulillah.. Dlm hati ni happy sgt, excited nak tahu mcm mana la org Oman ni beraya.. Good experience for us, Bukan senang nk dpt peluang mcm ni dan nak tengok betul2 macam mana Omani celebrate Eid di sini..
|
Snap gambar dalam kereta jer.. |
|
credit to http://www.ianandwendy.com |
So, kisahnya bermula apabila anak Mr Khamis amik kami di rumah petang nk raya tu (hari Sabtu). Anak dia dah besar rupanya, umur dalam 22 tahun.. So Lin pun berkemas dan sediakan sedikit nasi impit kuih kacang sbg buah tangan utk keluarga Mr Khamis. Kami target stay sana 3 hari 2 malam aling lama sbb hubby kena bertugas pula standby di office raya ke-4. Perjalanan dalam satu jam setengah, 120km dari Muscat. So sepanjang perjalanan MasyaAllah.. cantik, unik laa.. semua gunung ganang berbatu.. tak de pokok, kalau ada pun shrub jer.. Pastu kadang ada lopak air sebesar kolam baru ada pokok, Omani panggil Oasis. Ada juga kami melalui jambatan panjang sangat tapi bawahnya just batu tapi katanya bila hujan dia jadi laluan air kat situ. Bukan sungai tapi just laluan air.. Byk sangat signboard suruh drive carefully jika ada air lalu sbb boleh buat kenderaan terbabas.. mcm kat malaysia kita ada angin lintang, tp diorg air lintang (waktu hujan ya). Ops kat sini bukan selalu hujan setahun beberapa kali jer. Pastu kalau ada pun x lama. Lin pernah rasa pun beberapa saat jer.. Tu pun semua dah bersyukur.. Alhamdulillah..
Sampai je rumah Mr Khamis, Lin dan family disambut dengan sangat baik oleh keluarganya. Kami dikenalkan dgn ahli keluarga yang seramai 8 org anak, 4 lelaki Dan 4 perempuan. Anak sulung yang drive kereta tadi namanya Muhammad, anak perempuan bernama Afaf, dan semua ahli keluarganya yang lain. Wife Mr Khamis namanya Habibah, muda lagi dalam awal 40-an kot.. Pastu Lin dan hubby kemudiannya dipisahkan ke living hall yang berlainan. Yang lelaki ke hall lelaki dan perempuan ke hall wanita.. Patutla masa Lin cari rumah sewa Oman dulu kebykan rumah offer 2 living hall sbb diorg separate laki dan perempuan.. Bagus betul..
Jadi masa kami sampai tu pun dah nk dekat berbuka puasa, so Lin pun berbuka puasa dgn kaum wanita dan juga anak2 manakala hubby di hall lg satu.. Hmm Lin nk berbuka dan juga handle 2 boys yg tgh lasak ni.. Xpe, makan ala kadar jer..
Malam tu, ladies masak utk makan raya keesoknya manakala yg lelaki lepas solat Isyak diorg ada akvititi sendiri.. Rupanya hubby citer dia pegi ikut Omani pegi bagi zakat Fitrah. Kat sini bukan bayar zakat Guna duit RM7 spt di Malaysia, tp diorg bagi beras dari rumah ke rumah kpd sesiapa yg dikatakan memerlukan. Kat Oman xde org susah, kata hubby bila ditanya kepada Mr Khamis. So, diorg anggap yg layak dpt zakat Fitrah adalah org yg kurang kemampuan sedikit berbanding yg lain.. Caranya, diorg just tinggal jer guni beras depan pintu rumah keluarga tersebut.. So, just check ya mana tau tiba2 ada seguni beras depan pintu rumah malam raya.. Jadi anda dikategorikan sbg golongan yg layak menerima zakat Fitrah.. Hehe.. So, hubby blik lewat mlm tu sbb join diorg, yg bestnya hubby bawa Adam sekali tgk macam mana zakat Fitrah diagihkan..
|
Dah macam anak Oman dah Adam.. |
|
Traditional Dishdasha |
|
Traditional Disdasha for women |
Pagi raya, kami bersiap utk sembahyang raya.. Lin pakai baju kurung dan hubby serta anak2 pakai baju melayu. Org Oman lelaki pakai dishdasha, ada yang lengkap dengan khanjar (dagger) lagi. Dan yang perempuan pun pakai dishdasha.. Ops, baru Lin tau perempuan pun ada dishdasha. Dishdasha lelaki warna Putih jer tp perempuan, mak aii.. Meriah sungguh, lip lap lip lap..
Pagi2, kami dihidangkan dgn halwa Oman dan kurma serta buah-buahan. Tak lupa juga Omani coffee yang very strong. Omani panggil 'kahwa'.. Huuu.. Lin rasa mcm minum air herba masa pantang, Nasib baik gelas kecil jer.. Tanya pada Afaf, anak perempuan Mr Khamis, rupanya kopi ni dicampur cardamom.. Dalam malay is buah pelaga.. Patutla strong.. Bagus utk kesihatan.. Pastu nk solat raya, rupanya yg lelaki jer pergi, yg perempuan pergi menziarah keluarga dan jiran terdekat.. Hmm, ni lg satu beza Malaysian ngn Omani beraya.. Jadi Lin pun join la kaum wanita pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah bersama anak2.. Hidangan raya mostly buah-buahan dan halwa. Omani cofee dan kurma mmg wajib. Gambar sorryla x dpt nk amik sbb Lin beraya bersama Adam dan faiz, so mmg x menang tangan nak jaga diorg dan nak ambil gambar mmg x sempat.. Hubby jer yg ambil gambar masa dia pegi beraya.. So, mmg penat sikit raya pertama sebab berjalan menziarah dari satu rumah ke satu rumah.. Tapi yang paling rasa.. Rindu nyer kat suami saya.. huhu.. Satu hari x jumpa, malam nak tido baru jumpa en abang.. Sedih juga rasa.. Rasa macam tak beraya bersama..
|
Lepas solat, men berkumpul utk wish 'eid mubarak' dan mohon maaf.. |
|
Selamat Hari Raya Mr Khamis (yang tepi sekali kiri) |
|
Pergi beraya asing-asing. Bukan satu family. |
|
Tempat nak tanam 'shua' |
|
Prepare 'mishakeek'. Macam sate la.. |
Ok, hari kedua kami still beraya dengan menziarah keluarga dan jiran Mr Khamis. Tapi yang penting sekali hari raya ke-2 ni, Omani ni buat sembelih kambing. Pastu diorg masak kambing ni untuk dijadikan 'shua'. Cara masak 'shua' adalah tanam daging kambing yang telah diperap ke dalam tanah bersama-sama kayu api yang dah jadi bara. Bara kayu api kat bawah, pastu letak a layer of sand then baru letak daging yang dibalut dalam daun pisang. Pastu kambus dgn tanah dan biarkan overnight. Sebenarnya kami tak dapat merasa 'shua' ni sbb kami perlu balik awal sbb hubby dah bertugas dah keesokan harinya. So, just tengok gambar ya..
Apapun.. rindu sangat beraya di Malaysia. Omani ada adat dan budaya masing-masing, kita Malaysian pun ada cara kita yang tersendiri. Contohnya bermaaf-maafan masa pagi raya tu, kat sini mcm tiada. Lepas keluar bilik jer pagi raya untuk minum pagi dan solat raya, terus lin tak jumpa suami.. So alamatnya, bermaaf-maafan sebelum tidurla nampaknya.. Tu pun nasib baik tak tidur lagi sbb mata memang berat dan sangatla kepenatan beraya.. Tahun depan?? InsyaAllah.. Balik kampung... hohoho balik kampung... (nada lagu sudirman).. hehe..
No comments:
Post a Comment