Saturday, September 29, 2012

Kulit Kering

Alhamdulillah.. siap juga 3 paper lin yang perlu submit untuk Acta Horticulturae (7th International Postharvest Symposium) baru ni. Lega sangat rasa.. Walaupun ada lagi satu paper x buat, tapi lin dah macam surrender.. Serious x leh nak buat.. Hmm dalam hati macam mana la aku nak sambung study ni?? Nak tulis paper, jaga anak lagi.. jaga en hubby lagi.. oppss. itu wajib baru masuk syurga.. hehe..
Ok, dah kurang sikit busy ni baru boleh update blog. Kali ni nak citer tentang kulit kami yang kekeringan ni.. huhu.. Dulu masa kat Malaysia, mmg kulit dah kering. tapi xdela teruk sangat.. Tapi sejak datang Oman ni, kulit dah bertambah kering.. Lin nyer tumit dah crack, Adam ngan baby lagi la.. Adam dah start rashes, baby lak kulit dia rashes dan juga siap luka lagi sbb dia garu.. Mmg stress.. En hubby ajak pegi hospital tapi lin malas lagi nak pegi. Sbb abis-abis pun mesti dia bagi oinment cream dan juga steroid.. Huu, yang steroid tu yg kalau bleh nak elak dulu. Dah serius sgt, baru guna..
Jadi sbg org yg suka wat eksperimen.. ceewah.. (time keje xde la pula proaktif sgt nk wat eksperimen..huhu) Lin pun nk cuba dulu apa yg ada kat sini. Ok
Subject 1 - Baby : sebab umur belum sampai setahun, kena try yang mild dulu dan yang penting selamat. Ok, browse kat dapur, haaaa jumpa ni.
Extra Virgin Olive Oil
 Hasil selepas 2 minggu ni, kulit semakin baik. Rashes ada lagi sikit, x banyak dah.. Kering pun kaki jer, kat punggung dan belakang, clear.. Alhamdulillah..
Subject 2 - Adam : Adam umur 3 tahun 10 bulan. Hmm lin nak try yg organic atau herb sbb ada terbaca kat blog member sorang ni (credit to siti rohani hashim blog).. Thanks Roe.. cuba elakkan daripada bahan yang mengandungi petrolatum, mineral oil dan juga paraben. Lin pun apa lagi... skg dah jadi habit baca label kat semua toiletries dan losyen budak2 ni.. So sbg permulaan, kita try yg ni dulu.
Key ingredients: Olive Oil and Country Mallow dan tiada bahan2 di atas..
Hasilnya, ermm tiada perubahan.. tapi rashes kat muka tu mcm kurang sikit. Tp no significant difference, (kalu statistic p>0.05) hehehee..
Subject 3 - Diri sendiri. Lin yang paling teruk adalah tumit kaki yang crack ni.. Huhu.. malu nak tanggal kasut masuk rumah org. Untuk Lin, lin selongkar apa yg ada dalam kotak dulu. Kan lin bawa banyak brg dalam shipment. Ok, apa yg dijumpai... ni..
Franch Oil - Traditionally used for cracked heels, minor cuts and burns and also to relieve muscular and joint pain

Claim to be a specialist skincare for dehydated skin and etc..
Ok, yang Franch Oil tu utk tumit, yang Bio Oil tu utk kawasan2 lain.. hehe.. Hasilnyer, wahhh Franch Oil sgt superb.. Tumit lin dah kurang pecah.. tp belum heal sepenuhnya. Laa kalau tau Franch oil ni sangat mujarab, lama dah pakai, sebelum ni lin pakai yang warna orange tu apa ntah nama nyer.. bertahun-tahun xde apa kesan pun.. Yang Bio Oil tu belum menampakkan kesan lagi.. Tunggu...
Itulah kisah eksperimen Lin.. Tapi sebenarnya ada pengaruh luar juga yang maybe memberi kesan kepada eksperimen ni. Lin telah gunakan bantuan dua alat, satu panggil air revitaliser (Ogawa) dan satu lagi air humidifier (Osim).
Ogawa Air Revitaliser

Osim Air Humidifier
Yang air humidifier ni mmg minta en hubby beli masa dia balik KL aritu sbb Ogawa sorg x mampu nak cover semua ruang.. So, harapnyer semua yang lin cuba ni membantu la dlm mengelakkan kulit kering ni semakin teruk dan harapnya bertambah baik..
Opss, kenapa xde subject ke-4 yer? Hehe.. Sbb nyer subject ke-4 (en hubby), adalah manusia yang kulitnya paling lembap dan lembut lin penah jumpa.. hehe.. kalah kulit kami2 ni.. Jgn marah yer en hubby... So kulit dia xde masalah pun walaupun berada di tempat yang panas dan kering seperti Oman ni.. Hehehe...

3 comments:

  1. http://makbunge.blogspot.com/?m=1

    Jom singgah

    ReplyDelete
  2. good info & nice topic..sy nk berkongsi ttg kolagen terbaik..jom bc di www.esihat.com

    ReplyDelete
  3. Dulu kulit saye kering jugak.. Tumit la paling teruk kene.. Last2 saye amik bb plus collagen.. Abes cite.. tumit dah smooth.. jerawat belakang badan dah xde.. huhuhu..
    kalau nak cube jugak bb plus, boleh like fb, follow twitter tak pun follow blog
    Facebook - http://www.facebook.com/pages/Askme-BBPlus/583812601647312
    Twitter - https://twitter.com/AskMeBBPlus
    Blog - http://askmebbplus.wordpress.com/

    ReplyDelete