Saturday, September 29, 2012

Kulit Kering

Alhamdulillah.. siap juga 3 paper lin yang perlu submit untuk Acta Horticulturae (7th International Postharvest Symposium) baru ni. Lega sangat rasa.. Walaupun ada lagi satu paper x buat, tapi lin dah macam surrender.. Serious x leh nak buat.. Hmm dalam hati macam mana la aku nak sambung study ni?? Nak tulis paper, jaga anak lagi.. jaga en hubby lagi.. oppss. itu wajib baru masuk syurga.. hehe..
Ok, dah kurang sikit busy ni baru boleh update blog. Kali ni nak citer tentang kulit kami yang kekeringan ni.. huhu.. Dulu masa kat Malaysia, mmg kulit dah kering. tapi xdela teruk sangat.. Tapi sejak datang Oman ni, kulit dah bertambah kering.. Lin nyer tumit dah crack, Adam ngan baby lagi la.. Adam dah start rashes, baby lak kulit dia rashes dan juga siap luka lagi sbb dia garu.. Mmg stress.. En hubby ajak pegi hospital tapi lin malas lagi nak pegi. Sbb abis-abis pun mesti dia bagi oinment cream dan juga steroid.. Huu, yang steroid tu yg kalau bleh nak elak dulu. Dah serius sgt, baru guna..
Jadi sbg org yg suka wat eksperimen.. ceewah.. (time keje xde la pula proaktif sgt nk wat eksperimen..huhu) Lin pun nk cuba dulu apa yg ada kat sini. Ok
Subject 1 - Baby : sebab umur belum sampai setahun, kena try yang mild dulu dan yang penting selamat. Ok, browse kat dapur, haaaa jumpa ni.
Extra Virgin Olive Oil
 Hasil selepas 2 minggu ni, kulit semakin baik. Rashes ada lagi sikit, x banyak dah.. Kering pun kaki jer, kat punggung dan belakang, clear.. Alhamdulillah..
Subject 2 - Adam : Adam umur 3 tahun 10 bulan. Hmm lin nak try yg organic atau herb sbb ada terbaca kat blog member sorang ni (credit to siti rohani hashim blog).. Thanks Roe.. cuba elakkan daripada bahan yang mengandungi petrolatum, mineral oil dan juga paraben. Lin pun apa lagi... skg dah jadi habit baca label kat semua toiletries dan losyen budak2 ni.. So sbg permulaan, kita try yg ni dulu.
Key ingredients: Olive Oil and Country Mallow dan tiada bahan2 di atas..
Hasilnya, ermm tiada perubahan.. tapi rashes kat muka tu mcm kurang sikit. Tp no significant difference, (kalu statistic p>0.05) hehehee..
Subject 3 - Diri sendiri. Lin yang paling teruk adalah tumit kaki yang crack ni.. Huhu.. malu nak tanggal kasut masuk rumah org. Untuk Lin, lin selongkar apa yg ada dalam kotak dulu. Kan lin bawa banyak brg dalam shipment. Ok, apa yg dijumpai... ni..
Franch Oil - Traditionally used for cracked heels, minor cuts and burns and also to relieve muscular and joint pain

Claim to be a specialist skincare for dehydated skin and etc..
Ok, yang Franch Oil tu utk tumit, yang Bio Oil tu utk kawasan2 lain.. hehe.. Hasilnyer, wahhh Franch Oil sgt superb.. Tumit lin dah kurang pecah.. tp belum heal sepenuhnya. Laa kalau tau Franch oil ni sangat mujarab, lama dah pakai, sebelum ni lin pakai yang warna orange tu apa ntah nama nyer.. bertahun-tahun xde apa kesan pun.. Yang Bio Oil tu belum menampakkan kesan lagi.. Tunggu...
Itulah kisah eksperimen Lin.. Tapi sebenarnya ada pengaruh luar juga yang maybe memberi kesan kepada eksperimen ni. Lin telah gunakan bantuan dua alat, satu panggil air revitaliser (Ogawa) dan satu lagi air humidifier (Osim).
Ogawa Air Revitaliser

Osim Air Humidifier
Yang air humidifier ni mmg minta en hubby beli masa dia balik KL aritu sbb Ogawa sorg x mampu nak cover semua ruang.. So, harapnyer semua yang lin cuba ni membantu la dlm mengelakkan kulit kering ni semakin teruk dan harapnya bertambah baik..
Opss, kenapa xde subject ke-4 yer? Hehe.. Sbb nyer subject ke-4 (en hubby), adalah manusia yang kulitnya paling lembap dan lembut lin penah jumpa.. hehe.. kalah kulit kami2 ni.. Jgn marah yer en hubby... So kulit dia xde masalah pun walaupun berada di tempat yang panas dan kering seperti Oman ni.. Hehehe...

Monday, September 10, 2012

Suatu Hari di Hari Raya..

Teringat lak lagu raya M Nasir yang evergreen sampai skg.. Best lagu tu.. Lagu ni antara lagu favorite Lin time2 raya ni.. Bleh la pulak tgh rindu nak balik raya hubby bleh tukar lagu raya sedih yang beraya di perantauan tu.. Haish..
Tahun ni Lin beraya di Oman.. Dah decide awal sbb baru sgt sampai di Muscat ni, so ingat nk cuba beraya sendiri tahun ni.. Pada mulanya, mmg xde perasaan, tapi tiba2 lepas jer isytihar esok raya pastu en hubby start takbir dan pasang lagu raya, tiba2 jer hati ni sebak sgt.. Lin ni dah la pelakon air mata.. Mudah benar nak banjir kalu feeling sedih2 ni.. Huhu..
Ok, berbalik kpd citer asal, tgh sibuk mengemas rumah Dan buat persiapan raya ni, sekali dapat satu panggilan telefon. Uiks, no Oman ni.. Mr hubby: Hello Assalamualaikum??  Mr ?? : Waalaikumussalam.. How are you? I'm Khamis here. Azlin's friend.. Di pendekkan cerita, rupanya Mr Khamis ajak sambut raya dengan dia. Kepada yg tak kenal Mr Khamis ni, dia ni adalah kawan Lin yg jumpa masa dia tgh buat attachment di MARDI bulan jun aritu.. So, kitorg dah kenal masa kat Malaysia lagi dan kebetulan pula hubby kena posting ke Oman, hmm mmg Allah Maha berkuasa, Maha bijaksana.. Jadi kami macam ada family angkat pula kat Oman ni.. So dia ajak kami beraya di kampung dia. Nama tempat tu Al-shariyyah di dalam Al-Sharqiyah Region. Jauh dan luar dari Muscat.. Alhamdulillah..  Dlm hati ni happy sgt, excited nak tahu mcm mana la org Oman ni beraya.. Good experience for us, Bukan senang nk dpt peluang mcm ni dan nak tengok betul2 macam mana Omani celebrate Eid di sini..
Snap gambar dalam kereta jer..
credit to http://www.ianandwendy.com
So, kisahnya bermula apabila anak Mr Khamis amik kami di rumah petang nk raya tu (hari Sabtu). Anak dia dah besar rupanya, umur dalam 22 tahun.. So Lin pun berkemas dan sediakan sedikit nasi impit kuih kacang sbg buah tangan utk keluarga Mr Khamis. Kami target stay sana 3 hari 2 malam aling lama sbb hubby kena bertugas pula standby di office raya ke-4. Perjalanan dalam satu jam setengah, 120km dari Muscat. So sepanjang perjalanan MasyaAllah.. cantik, unik laa.. semua gunung ganang berbatu.. tak de pokok, kalau ada pun shrub jer.. Pastu kadang ada lopak air sebesar kolam baru ada pokok, Omani panggil Oasis. Ada juga kami melalui jambatan panjang sangat tapi bawahnya just batu tapi katanya bila hujan dia jadi laluan air kat situ. Bukan sungai tapi just laluan air.. Byk sangat signboard suruh drive carefully jika ada air lalu sbb boleh buat kenderaan terbabas.. mcm kat malaysia kita ada angin lintang, tp diorg air lintang (waktu hujan ya). Ops kat sini bukan selalu hujan setahun beberapa kali jer. Pastu kalau ada pun x lama. Lin pernah rasa pun beberapa saat jer.. Tu pun semua dah bersyukur.. Alhamdulillah..
Sampai je rumah Mr Khamis, Lin dan family disambut dengan sangat baik oleh keluarganya. Kami dikenalkan dgn ahli keluarga yang seramai 8 org anak, 4 lelaki Dan 4 perempuan. Anak sulung yang drive kereta tadi namanya Muhammad, anak perempuan bernama Afaf, dan semua ahli keluarganya yang lain. Wife Mr Khamis namanya Habibah, muda lagi dalam awal 40-an kot.. Pastu Lin dan hubby kemudiannya dipisahkan ke living hall yang berlainan. Yang lelaki ke hall lelaki dan perempuan ke hall wanita.. Patutla masa Lin cari rumah sewa Oman dulu kebykan rumah offer 2 living hall sbb diorg separate laki dan perempuan.. Bagus betul..
Jadi masa kami sampai tu pun dah nk dekat berbuka puasa, so Lin pun berbuka puasa dgn kaum wanita dan juga anak2 manakala hubby di hall lg satu.. Hmm Lin nk berbuka dan juga handle 2 boys yg tgh lasak ni.. Xpe, makan ala kadar jer..
Malam tu, ladies masak utk makan raya keesoknya manakala yg lelaki lepas solat Isyak diorg ada akvititi sendiri.. Rupanya hubby citer dia pegi ikut Omani pegi bagi zakat Fitrah. Kat sini bukan bayar zakat Guna duit RM7 spt di Malaysia, tp diorg bagi beras dari rumah ke rumah kpd sesiapa yg dikatakan memerlukan. Kat Oman xde org susah, kata hubby bila ditanya kepada Mr Khamis. So, diorg anggap yg layak dpt zakat Fitrah adalah org yg kurang kemampuan sedikit berbanding yg lain.. Caranya, diorg just tinggal jer guni beras depan pintu rumah keluarga tersebut.. So, just check ya mana tau tiba2 ada seguni beras depan pintu rumah malam raya.. Jadi anda dikategorikan sbg golongan yg layak menerima zakat Fitrah.. Hehe.. So, hubby blik lewat mlm tu sbb join diorg, yg bestnya hubby bawa Adam sekali tgk macam mana zakat Fitrah diagihkan..
Dah macam anak Oman dah Adam..

Traditional Dishdasha
Traditional Disdasha for women
Pagi raya, kami bersiap utk sembahyang raya.. Lin pakai baju kurung dan hubby serta anak2 pakai baju melayu. Org Oman lelaki pakai dishdasha, ada yang lengkap dengan khanjar (dagger) lagi. Dan yang perempuan pun pakai dishdasha.. Ops, baru Lin tau perempuan pun ada dishdasha. Dishdasha lelaki warna Putih jer tp perempuan, mak aii.. Meriah sungguh, lip lap lip lap..
Pagi2, kami dihidangkan dgn halwa Oman dan kurma serta buah-buahan. Tak lupa juga Omani coffee yang very strong. Omani panggil 'kahwa'.. Huuu.. Lin rasa mcm minum air herba masa pantang, Nasib baik gelas kecil jer.. Tanya pada Afaf, anak perempuan Mr Khamis, rupanya kopi ni dicampur cardamom.. Dalam malay is buah pelaga.. Patutla strong.. Bagus utk kesihatan.. Pastu nk solat raya, rupanya yg lelaki jer pergi, yg perempuan pergi menziarah keluarga dan jiran terdekat.. Hmm, ni lg satu beza Malaysian ngn Omani beraya.. Jadi Lin pun join la kaum wanita pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah bersama anak2.. Hidangan raya mostly buah-buahan dan halwa. Omani cofee dan kurma mmg wajib. Gambar sorryla x dpt nk amik sbb Lin beraya bersama Adam dan faiz, so mmg x menang tangan nak jaga diorg dan nak ambil gambar mmg x sempat.. Hubby jer yg ambil gambar masa dia pegi beraya.. So, mmg penat sikit raya pertama sebab berjalan menziarah dari satu rumah ke satu rumah.. Tapi yang paling rasa.. Rindu nyer kat suami saya.. huhu.. Satu hari x jumpa, malam nak tido baru jumpa en abang.. Sedih juga rasa.. Rasa macam tak beraya bersama..

Lepas solat, men berkumpul utk wish 'eid mubarak' dan mohon maaf..

Selamat Hari Raya Mr Khamis (yang tepi sekali kiri)

Pergi beraya asing-asing. Bukan satu family.

Tempat nak tanam 'shua'

Prepare 'mishakeek'. Macam sate la..
Ok, hari kedua kami still beraya dengan menziarah keluarga dan jiran Mr Khamis. Tapi yang penting sekali hari raya ke-2 ni, Omani ni buat sembelih kambing. Pastu diorg masak kambing ni untuk dijadikan 'shua'. Cara masak 'shua' adalah tanam daging kambing yang telah diperap ke dalam tanah bersama-sama kayu api yang dah jadi bara. Bara kayu api kat bawah, pastu letak a layer of sand then baru letak daging yang dibalut dalam daun pisang. Pastu kambus dgn tanah dan biarkan overnight. Sebenarnya kami tak dapat merasa 'shua' ni sbb kami perlu balik awal sbb hubby dah bertugas dah keesokan harinya. So, just tengok gambar ya..
Apapun.. rindu sangat beraya di Malaysia. Omani ada adat dan budaya masing-masing, kita Malaysian pun ada cara kita yang tersendiri. Contohnya bermaaf-maafan masa pagi raya tu, kat sini mcm tiada. Lepas keluar bilik jer pagi raya untuk minum pagi dan solat raya, terus lin tak jumpa suami.. So alamatnya, bermaaf-maafan sebelum tidurla nampaknya.. Tu pun nasib baik tak tidur lagi sbb mata memang berat dan sangatla kepenatan beraya.. Tahun depan?? InsyaAllah.. Balik kampung... hohoho balik kampung... (nada lagu sudirman).. hehe..

Wednesday, September 5, 2012

Umah sewa

Salam.. Ni baru Lin nk start citer apa yg Lin busy sesgt.. Alkisah ceritanya Bermula apabila mendapat Berita Bahawasanya shipmentku yang dinanti- nanti telah Selamat tiba di port di muscat ni.. Alhamdulillah.. Tapi, rupanya kena tunggu seminggu utk custom clearance.. Maka, shipmentku itu sampai betul2 seminggu sebelum raya.. Yahoo.. Wlaupun lewat, tapi at least Dpt beraya bersama  barang2 Rumah Dan yang paling penting kuih raya laa... Segala nasi impit Dan keperluan raya juga semua Ada dlm tu.. Yeay.. Semangat nak raya..
So  apa lagi, sibuk mengemas laa jawabnya.. dahla rumah sewa ni besar giler, 3 tingkat mak oii (dlm hati, kenapa la hubby ni cari sampai 3 tingkat).. x mampu cik lin ni nak mengemas, nk menyapu, mop lagi.. berdebu sikit punya kuat.. tapi alhamdulillah 1st round hubby dah upah si Ramesh tolong cuci rumah.. Thanks a lot ya Mr Ramesh.. Kamu telah meringankan kerja saya di bulan puasa ini..  So lin just cuci untuk kali ke-2, ke-3, ke-4...... sbnarnya dah tak tau dah cuci berapa kali.. debu tebal sampaikan bleh buat bedak muka.. hehe.. Tapi Xpe, semangat nk raya punya pasal..
Jadi ni la rupanya Rumah sewa Lin..
Rumah teres beralamat no 1454a, Way 2419, Qurum Heights, Qurum, Muscat.

Laman belakang rumah (berangan nak tanam serai ngan pandan..)

pokok kurma ku.. bleh wat research ttg kurma lak masa cuti ni..


tempat kami sekeluarga berehat sambil tengok movie

tempat menajamkan skill memasak..

panass?? terjun jer..
Opps, swimming pool tu jgn salah anggap.. pool tu bukan utk umah lin sorg yer.. Tu communal pool, ada 5 buah rumah sama mcm lin, so kitorg share.. Alhamdulillah.. Tapi rasanya sekejap jer kot duk Umah ni.. Sbb Nya Cik Lin ni x larat nk naik tangga tinggi, dahla laundry tingkat atas sekali.. Huhu, almaklumlaa umur dah meningkat.. Ceewah.. Bitau hubby Abis jer contract Umah ni, nk cari Umah satu aras je.. Umah setingkat atau apartment.. Jadi laa kan.. Dok berempat jer pun, buat apa Umah besar.. Lagi pun bila en hubby out-station, tinggal diriku sorg bersama anak2, baik Umah kecik.. Ni hubby nk balik keje ke Malaysia, dah kena tinggal.. Nak ikut, x sampai 3 bulan lg Lin dok sini.. Ni yg rasa nak check in hotel ni.. Huhu.. Sapa yg kenal Lin, mesti tau Lin ni penakut org Nyer.. Jadi, mmg x teringin la Umah besar Mcm villa bagai.. Huhu, Selamat duit Aku, kata hubby ( agaknyer la)..

Sunday, September 2, 2012

Abaya oo abaya..

  Lama x update blog.. maklumla sibuk sajer.. ceewah mcm la org lain x sibuk kan.. skg baby tgh tido, so sempat nak tulis sikit jer kot. nanti lin sambung balik nak citer pasal apa lin sibuk.. hehe.. So ni lin nak masukkan gambar hasil tangkapan kryolan (yg sebenarnya dah update kat facebook) dan juga gambar abaya yg sungguh cantik mata memandang.. ni kira simple juga ni.. ada lagi yg lebih cun dari ni.. tapi harga mencecah beribu RM laaa.. tengok jer la dari jauh.. huhu..
Gambar dah rotate dan save, tp dia nk senget  gak.. hmm

gambar senget lagi..
Yg ni pun senget.. huhu
murah tak? siap free luminarc lagi
Pastu lin pun masuk carrefour nak beli tepung gandum.. sekali mak aiii... banyanyer tepung gandum.. mana satu nk pilih.. nak selamat amik yang all purpose jer la..