Hari tu, 30hb Dec 2008, aku & hubby nak pegi jalan-jalan cari barang baby sket. Lagi pun, petang tu aku ada check up 39 minggu kat Annur Specialist. So, keluar awal la sket. Kami rasa dah lama tak jalan-jalan kat PJ. Maklumla, dulu masa blaja, tu la tempat kami dating, sekarang duduk Kajang, jarang pegi sana. Aku lak teringin sangat nak makan nasi goreng melaka di SS14 tu. Apa lagi, suami aku pun bawa la pegi sana. Lepas makan, kami pegi shopping dekat Babyland SS2, PJ. Dah selesai shopping, lalu dekat area kilang tu, ade lak warehouse sale barang-barang lelaki. Suami ku pun singgah la kejap. Sedar tak sedar dah pukul 4 pm, kami pun bergegas pegi klinik. Sampai dekat Annur, pukul 4.30 ptg, ramainya ibu-ibu tengah tunggu turn jumpa doc. Aku pun tunggu la turn aku..
Bermulalah saatnya di sini...
6.30 pm (30hb Dec 2008) - Namaku dipanggil, Dr Fatimah dah balik dari bercuti, so aku diperiksa oleh doctor ku sendiri. Doc kata pada minggu ke-39, pangkal rahim akan diperiksa. Aku pun disuruh baring. Ngeri juga sbb 1st time kena seluk ni. Tiba-tiba muka Dr Fatimah berubah. "You tak rasa sakit ke? Dah buka 5 cm.." Terkejut aku ngan suami. Aku mmg x rasa apa-apa. Malah syok berjalan lagi hari tu. Doc suruh aku admit ward petang tu juga. Aku nak balik ambil barang pun Doc x bagi & suami yang ambilkan.
8.00 pm (30hb Dec 2008) - Bukaan rahim dah 6cm. Aku dibawa ke Bilik Lavendar 3. Bilik bersalin di Annur ada 3. Aku rasa suspen sangat. Tp doa tetap aku x lupa. Air selusuh pun aku minum sebagai ikhtiar. Waktu tu, aku tiba-tiba teringat kat mama, bila la mama nak sampai ni.. Abah & mama aku terkejut sbb due lagi seminggu. Aku & suami pun rehat la di bilik tu malam ni.
10.00 pm (30hb Dec 2008) - Ermm.. bila la aku nak bersalin.. Apsal aku x rasa sakit pun.. Aku ngan husband siap makan nasi goreng lagi malam tu sbb taktau nak buat ape. Pastu aku jalan-jalan tengok baby baru lahir. Cutenyer baby.. Nurse tanya, "Puan x sakit ke? Aku mmg tak rasa sakit. Pelik kan. Nurse tanya dah berapa contraction? Aku xleh nak jawab. So diorg pun check pakai mesin yg ukur contraction tu. Lebih kurang sekali dalam setengah jam..
12.00 am (31hb Dec 2009) - Dr Fatimah datang check. Bukaan rahim ku baru 7cm. Dia kata tunggu lagi. Aku ngan husband pun dah penat tunggu. Ibu-ibu yang sakit bersalin kat sebelah bilik ku dah kuar pun & masuk ibu yg baru. Dah hampir 3 baby dah lahir rasanya.. Aku & hubby gelak je. Takut-takut juga, suspen-sespen juga. Aku tak tau nak buat ape, abis roti Gardenia aku makan. Pastu aku gi jalan-jalan lagi. At last, nurse suruh aku tidur.
4.00 am (31hb Dec 2009) - Tiba-tiba Dr Fatimah masuk lagi sekali. Dia check dan kata akan pecahkan air ketuban. Macam banjir air ketuban keluar. Hehehe.. mula la aku rasa sakit. Sakit sangat.. Contraction makin kerap. Lebih kurang 15 minit sekali. lepas tu mcm 10 minit sekali. then, 5 minit sekali. Tiba-tiba aku dengar azan subuh (Annur berhadapan dengan Masjid Hijau Bangi, SS9). Sayu sangat rasa hati. Doc suruh suami pegi solat dulu, sebab lepas ni, bila-bila masa sahaja aku akan bersalin. Doakan aku selamat ya...
7.00 am (31hb Dec 2008) - Hari ni hari terakhir 2008. Tepat jam 7 pagi, dengan 3x teran, Muhammad Adam Firdaus dilahirkan. Alhamdulillah, aku bersalin secara normal. Berat Adam 3.15kg, sihat tubuh badan. Suami ku yang azan kan Adam. Gembira sangat, walaupun terasa penat. Aku bertarung selama 3 jam untuk melahirkannya. Memang sakit tapi kegembiraannya lebih dari itu. Permata hatiku, mama doakan Adam sihat, jadi anak yang soleh, bijak, dan mama harap dapat jadi mama yang terbaik untuk Adam...
No comments:
Post a Comment