Friday, April 17, 2015

Hadiah Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa

Alhamdulillah.. Setelah 7 tahun berkhidmat di MARDI, akhirnya lin dapat peluang sambung belajar.. Surat ni lin dapat pada bulan Ogos 2014 lagi, tapi time tu sibuk dengan export trial MP Durian Musang King ke Hong Kong.
 
 
 
Then, mula lin buat persiapan untuk apply universiti. Disebabkan MARDI tidak benarkan ke universiti di UK, Australia dan New Zealand atas sebab ekonomi, so lin decide akan apply ke US. Jadi mula-mula sekali lin daftar untuk ambil GRE. Nak daftar GRE ni secara online je dekat website ni: http://www.ets.org/gre   Cost untuk GRE ni adalah USD190.
 
Setelah selesai GRE, lin plan untuk ambil IELTS pula. Lin decide amik IELTS bukan TOEFL sebab lin dah pernah ambil IELTS masa apply ke Australia dulu pada tahun 2007. Alhamdulillah dapat band 7. Tapi sebab dah lebih 2 tahun, so dah expired jadi kena ambil lagi sekali. So nak register, check exam date, bayar fee RM630 semua kat sini :  http://www.idp.com/malaysia/ielts  Alhamdulillah kali ni better, 7.5 band.
 
So, English requirement dah settle. Dah boleh apply university. So next entry lin akan citer pasal proses apply universiti pula.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment