Friday, May 20, 2011

Family vacation - Kuching Sarawak (Part 3)- Last

Hari Ketiga - Isnin (9/5/11)
Hari ni target nak melawat Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village). Tempat ni mmg tarikan pelancong sbb dia gabungkan semua kaum dalam satu kawasan dan buat replika rumah panjang setiap kaum. Dalam rumah panjang ni, dapat dilihat tradisi dan adat setiap kaum. Contoh macam kaum Bidayuh, masyarakat yang berasaskan pertanian. So kat rumah tu banyak peralatan mcm menampi beras, tumbuk beras dan macam-macam lagi.. Lagi contoh macam Kaum Iban, masyarakat ni lebih kepada memburu. Jadi dalam rumah tu ada pelbagai senjata dan juga tengkorak yang dipamerkan. Banyak lagi rumah panjang lain macam rumah penan, ulu, melayu, cina, dan macam-macam lagi. Akhir sekali kami lihat pertunjukan kebudayaan di hall selama lebih kurang sejam. Semua tarian setiap kaum dipersembahkan oleh staf kebudayaan di sana.. Adam seronok sangat tengok pertunjukan menggunakan sumpit.. Dari kampung budaya kami berhenti lunch dekat satu restoran tu makan ayam penyet.. Ok la, sedap juga.. dan ada satu minuman tu, kalau kat semenanjung kita panggil 3 layer tea tapi kat kuching panggil teh c-peng. sedap gak...
Lepas lunch, kami melawat museum. Banyak juga pameran-pameran kat dalam museum tu.. Yang paling excited mmg Adam sebab suka sangat tengok replika binatang kat dalam tu.. Lin layankan ajer sbb dan kepenatan.
On the way balik mmg Adam tidur kepenatan. Kami singgah seperti biasa untuk beli lauk makan malam dan terus berehat di homestay.. Percutian kali ni lebih kepada light and easy sbb kami bawa 4 org tua, 2 ibu mengandung termasuk lin dan 2 kanak-kanak umur 2 tahun.. So mmg kena banyak berehat..

Hari terakhir -Selasa (10/5/11)
Hari ni last day, jadi semua org dah start kemas beg. Beg dari ringan semuanya jadi berat. Ada yang beranak-pinak.. tapi takpe sbb luggage yang ditempah boleh sampai 120kg. Jadi aktiviti hari akhir ni hanya untuk beli ikan terubuk masin untuk dibawa balik. Jadi on the way ke Airport, kami minta driver singgah di pasar dan kami beli ikan terubuk masin. Yang local 5 ekor-RM20. Yang imported 4 ekor-RM10. Mmg murah sbb katanya dr India. Jadi kami semua beli yang local sbb tgk kulit ikan tu masih cantik bersinar-sinar lagi. Kata penjual, baru sampai pagi tadi...
So, lepas beli, terus ke Airport. Masa pun dah 11 pagi. Kami bleh check in jam 12.00 tengah hari sbb masa berlepas jam 2 petang. Isi perut jap dgn laksa Sarawak dan McD kat airport..

Kami tiba di KLIA jam 3.30 petang. Semua naik KLIA Transit ke Putrajaya dan Bandar Tasik Selatan. Then, kami terus ambil teksi dan pulang ke rumah masing-masing... Holiday kali ni mmg best sebab satu keluarga pergi walaupun ada yang cancel.. Tapi kalau ada peluang, lin nak repeat lagi ke Kuching sebab masih banyak lagi tempat menarik yang tak sempat pergi macam Taman Negara Bako, Taman Orang Utan dan banyak lagi.. Tunggu......












Wednesday, May 18, 2011

Family Vacation - Kuching Sarawak (Part 2)

Hari Kedua - Ahad (8/5/11)
Hari ni kami plan akan ke Serikin sebab pasar ni ada hujung minggu jer iaitu Sabtu dan Ahad. Uniknya pasar ni adalah kerana barang-barang jualan adalah direct dari Indonesia dan penjual-penjualnya pun semua dari Indonesia. Panjang juga pasar ni sejauh 2km tapi ala2 pasar malam la sebab dia di kiri kanan bahu jalan. Pasar ni lagi 5km nak sampai sempadan Malaysia-Indonesia. kalau bawa pasport blehla masuk Indonesia..
Kat sini rata-rata banyak jual kain pasang bersulam, telekung, baju harian, mainan kanak-kanak dan barang-barang lain dari Seberang. So apa yang lin beli?? Lin cuma beli telekung, kain pelekat brand Wali songo, kain batik jawa, dan yang palik unik lin beli 3 in 1 Coppucino brand Tora Bika sbb dah baca dlm forum, member-member suruh beli sbb rasa dia sedap lain dari yang lain.. Suami beli mask untuk bawa motor dan helmet kecil untuk Adam. Dan Adam pun tak ketinggalan dengan membeli mainannya.
Next, lepas lunch kat Pasar Serikin kami bergerak ke Tasik Biru. Kenapa tasik biru? Sebab warna airnya yang kebiru-biruan dan dikatakan satu-satunya tinggalan lombong yang airnya masin. Sangatlah masin sampai sampai dikatakan tiada hidupan di situ. Kami pun berehat jap dan ambil gambar kenangan..
Selepas tu ke Gua Angin. Lin x masuk ke dalam tu sebab Adam dah tidur kepenatan. So lin berehat dalam van jer la sambil yang lain berjalan-jalan di dalam gua. Lepas tu kami hanya stop untuk beli tikar Sarawak jer walaupun dioffer oleh driver utk lihat pasu dan pearl.
Next kami pergi ke tempat jualan Kek Lapis Dayang Salhah kat bandar Kuching. Kat sini banyak sungguh kek sampai tester yang disediakan pun x dapat nak rasa semua.. End up lin beli 3 kek lapis untuk dibawa balik iaitu Cheese Coklat, Blueberry Cheese dan Sayang Sarawak. Pastu kami pun balik ke seberang sungai dengan menaiki bot bayar seorang 50 sen.. Adam lah yang beria nak naik..
Pastu, sebab kami semua sudah kepenatan, terus balik ke Homestay. Beli dulu lauk makan malam dan terus berehat untuk mengumpul tenaga untuk hari keesokannya...








Family vacation - Kuching Sarawak (Part 1)

Tahun lepas lin ade post ttg tiket fireflyz yang lin beli murah utk satu family kan.. So, masa yang ditunggu dah pun tiba.. Kami satu keluarga akan ke Kuching pada 7hb May 2011 sampai 10hb May 2011. Kalau nak diikutkan, yang akan pergi adalah 20 org termasuk kanak-kanak dan baby.. Tapi at last, yg confirm 14 org jer...

Nih senarai:
Mama ngan abah (2), Family lin: Suami, lin ngan Adam (3), Famili kakak : kakak dan Auni (2),
Nadia (1) dan Family Maklang : Paklang, maklang, Arif, Ibah, Yaya dan Naim (6)
So total = 14 org
Yang x jadi pergi 6 orang:
Family Afini : Suami, Afini dan baby Aleesya, Suami kakak, Luqman dan Adnan

Masa bertolak kami dapat 3 time sbb nak grab tiket murah (RM18 sorg pergi balik):
Group 1 : Family lin, mama, abah dan Nadia - jam 11.45am
Group 2 : Kakak dan Auni - jam 4.20 pm
Group 3 : Family maklang - Jam 8.40 pm
Masa balik kami semua satu flight - jam 2.00pm

Hari Pertama - Sabtu (7/5/11)
So, starting nak cerita masa mula bertolak dulu.. Haa.. bagi lin inilah masa paling suspen sekali. Sebabnyer.. kami bertolak agak lewat dan terlepas train KLIA Transit yang sepatutnya kami naik. Masa train tu sampai, kami tgh beli tiket.. So, next train adalah 25 minit kemudian. Apa lagi, congak-congak, kami sampai pukul 11.10. Kaunter check in tutup 45 minit sebelum berlepas. so kaunter akan tutup pukul 11. Lin pun mula la x sedap perut berdebar sesangat.. maklumlaa dah lama plan percutian ni, bimbang kalau kami x lepas naik flight.. Masa dlm train dah bincang ngan hubby, dia akan jadu runner berkejar ke kaunter check in. Kami yang lain akan tarik beg selaju yg bleh.. Sesampai hubby kat kaunter, terus pegawai kaunter tu tanya, "ada lagi tak nak ke Kuching, kaunter akan ditutup." Hubby terus angkat tangan dan meluru ke depan skali.. Lega.. Pegawai tu cakap, nasib kami baik sbb memang kaunter sepatutnya dah tutup..
Dah selesai check in, kami pun terus ke departure hall dan naik flight. Dalam flight Adam excited sangat sebab naik flight ngan tokma dan tokbah dia.. Senyum jer sentiasa.. Masa nak naik tu, lin bacakan buku ngan dia supaya dia tak terasa sangat gayat tu.. Pastu dah selesai, dia minta susu dan terus tertido sepanjang dalam flight sampai ke Kuching...
Sampai di Kuching, kami ambil Toyota Innova terus ke Homestay kami di Samariang. Perjalanan dalam 40 minit dari airport. Rupa-rupanya dekat sangat dengan Stesen MARDI Sarawak.. So, kami berehat dan menunggu lagi 2 group sampai. Plan nyer memang akan mula berjalan pada hari Ke-2..