Thursday, April 14, 2011

Menara Condong Teluk Intan


Baru-baru ni balik rumah mak mertua, actually selalu jer balik at least selang sebulan mesti balik Parit. Yerla kenalah bergilir-gilir balik Temerloh juga kan.. Tapi balik kali ni special sikit sbb tu aku tulis dlm blog nih.. Kenapa special? Sebenarnya walaupun aku dah kawin ngan hubby dah lebih 3 tahun, dia x penah bawa aku jalan-jalan kat Perak ni.. Asal balik kampung jer, straight jer dia balik rumah dia kat Parit tu. Xde pun nak bawa aku jalan-jalan kat Perak ni. Setakat ke Ipoh tu ada laa, bawa pegi Jusco ngan Green Town Mall, pastu pekena char kue tiaw. Pastu pegi Seri Iskandar sbb tengok adik dia kat UTP. Tapi tempat lain mmg xde, aku hanya tahu Parit, Seri Iskandar dan Ipoh jer..

Jadi balik kali ni, mak abah mertua ajak pegi kenduri kat Sungai Besar. Kenduri kat umah mertua kakak hubby. Kakak hubby kawin ngan org Sungai Besar. So, on the way ke sana mmg kami direct ke Sungai Besar. Tp hala balik, hubby bercadang nak bawa jalan ke Teluk Intan, nak tengok Menara Condong atau aku panggil Pagoda. So, ni lah pertama kali aku sampai ke Teluk Intan dan tengok sendiri kecondongan Menara Condong yang mama aku selalu cerita masa kecil dulu..

Menara Condong terletak betul-betul tengah pekan Teluk Intan tu.. Ia dibina pada tahun 1885. Tengok dari jauh mmg nampak condong. Condong ke arah barat laut katanya. Menara ni sebenarnya adalah menara jam dan terdapat satu tangki besar di atas puncak menara yang berguna sebagai tangki simpanan bagi penduduk Teluk Intan pada musim kemarau. Ia juga berfungsi untuk membekalkan air jika ada kebakaran. Selain itu, menara ini juga adalah sebagai tugu peringatan pemerintahan British dan sebagai Time Keeper serta Mercu Tanda Bandar Teluk Intan.


Pelik pun ada, mcm mana bleh condong?? Meh sini aku nak share..

Sebab Menara jadi Condong:

1. Bangunan Menara ini dibina di atas struktur tanah yang lembut

2. Terdapat bebanan tangki yang berisi air pada masa menara ini digunakan.

Jadi lama-lama ia semakin condong ke arah barat laut dan sampai lah sekarang..

Ni ada gambar sikit masa kat Menara Condong Teluk Intan:

2 comments:

  1. wah lin br akk tau nape dia condong..igtkn sajer jer buat condong..abestu lantai dia senget x..kalo ltk guli bergolek tak?hihi byk tanye pulak yek..

    ReplyDelete
  2. hehe.. kaktim, lin pun br tahu ngape menara nih condong. Masa berdiri, lantai dia x terasa senget. Tp x test la pulak ngan guli, good idea kena try kalu dtg lagi hehehe... dr jauh tengok mmg nampak senget..

    ReplyDelete