Thursday, April 14, 2011

Menara Condong Teluk Intan


Baru-baru ni balik rumah mak mertua, actually selalu jer balik at least selang sebulan mesti balik Parit. Yerla kenalah bergilir-gilir balik Temerloh juga kan.. Tapi balik kali ni special sikit sbb tu aku tulis dlm blog nih.. Kenapa special? Sebenarnya walaupun aku dah kawin ngan hubby dah lebih 3 tahun, dia x penah bawa aku jalan-jalan kat Perak ni.. Asal balik kampung jer, straight jer dia balik rumah dia kat Parit tu. Xde pun nak bawa aku jalan-jalan kat Perak ni. Setakat ke Ipoh tu ada laa, bawa pegi Jusco ngan Green Town Mall, pastu pekena char kue tiaw. Pastu pegi Seri Iskandar sbb tengok adik dia kat UTP. Tapi tempat lain mmg xde, aku hanya tahu Parit, Seri Iskandar dan Ipoh jer..

Jadi balik kali ni, mak abah mertua ajak pegi kenduri kat Sungai Besar. Kenduri kat umah mertua kakak hubby. Kakak hubby kawin ngan org Sungai Besar. So, on the way ke sana mmg kami direct ke Sungai Besar. Tp hala balik, hubby bercadang nak bawa jalan ke Teluk Intan, nak tengok Menara Condong atau aku panggil Pagoda. So, ni lah pertama kali aku sampai ke Teluk Intan dan tengok sendiri kecondongan Menara Condong yang mama aku selalu cerita masa kecil dulu..

Menara Condong terletak betul-betul tengah pekan Teluk Intan tu.. Ia dibina pada tahun 1885. Tengok dari jauh mmg nampak condong. Condong ke arah barat laut katanya. Menara ni sebenarnya adalah menara jam dan terdapat satu tangki besar di atas puncak menara yang berguna sebagai tangki simpanan bagi penduduk Teluk Intan pada musim kemarau. Ia juga berfungsi untuk membekalkan air jika ada kebakaran. Selain itu, menara ini juga adalah sebagai tugu peringatan pemerintahan British dan sebagai Time Keeper serta Mercu Tanda Bandar Teluk Intan.


Pelik pun ada, mcm mana bleh condong?? Meh sini aku nak share..

Sebab Menara jadi Condong:

1. Bangunan Menara ini dibina di atas struktur tanah yang lembut

2. Terdapat bebanan tangki yang berisi air pada masa menara ini digunakan.

Jadi lama-lama ia semakin condong ke arah barat laut dan sampai lah sekarang..

Ni ada gambar sikit masa kat Menara Condong Teluk Intan:

Saturday, April 2, 2011

Nak bersalin kat mana nih???

Hari nih nak citer pasal hospital yang akan bersalin anak no2 nih. Dulu Adam bersalin kat Hospital Pakar Annur Bangi dengan Doctor Fatimah, best gynea bg lin. Kali ni, hubby kata, jomla try hospital lain pulak.. So lin pun mula survey hospital selain Annur. Hospital yang berdekatan dengan rumah selain Annur, ada Azzahrah, KPJ Kajang dan Columbia Asia Balakong. Azzahrah, lebih kurang ngan Annur, mmg Islamic tapi persekitarannya sama Annur cuma maybe doc jer yang berbeza. Columbia Asia pulak, baru buka. So, belum fully operate lagi. Mmg ada gynea tp sume Chinese. So, lin pun reject, tunggulah Colombia Asia ada yg Islam dulu.. So, lin pun terus ke KPJ Kajang. Buat appointment dengan seorg doctor nih.. lin penah jumpa dia masa checkup nak buat family planning dulu. Tp dia nih x seramah Dr Fatimah, tp still lin bleh kata doc nih baiklah.. So, seterusnya, dah sampai waktu appointment, jumpalah ngan doc gynea nih.. lin bawa husband skali.. lin dah expect kalu dia tidak seramah Dr Fatimah. So masa masuk tu mcm biasa dia tanya bila last period, anak ke berapa dan mcm-mcm lagi. Ada la satu soalan hubby tanya tp doc ni tak entertain dengan sebaik nya.. (Malas lin nak citer) Jadi tulah last appointment lin, next appointment lin tak datang KPJ Kajang dah lepas tu. Next hubby kata jom kita checkup kat Prince Court. Prince Court Medical Centre kat Jalan Tun Razak tu?? Lin mcm x jauh ke? Kang terberanak kat Jalan Tun Razak time jam nanti macam mana? berkali-kali lin pikir biar betul laki lin nih.. Hubby dah nak wat appointment ngan sorg Gynea perempuan muslim kat situ namanya Dr Seri Suniza. Lin cakap hold dulu.. Biar lin pikir sama ada nak try bersalin ngan Dr Seri Suniza kat Prince Court yang jauh tu ker atau dengan Dr Fatimah kat Annur yang dekat nih?? So, sapa bleh bagi pendapat?? Prince Court atau Annur?