15.11.10 genaplah 3 tahun aku bersama MARDI. Tempat di mana tuhan limpahkan aku rezeki yang amat aku syukuri.. Bersama MARDI aku memulakan hidupku sebagai seorang penjawat awam, dengan kata lain org gomen. Bersama MARDI juga aku memulakan hidup sebagai isteri dan memnpunyai suami yang sangat aku hormati..
Dulu masa mula masuk MARDI, aku berbelah bagi.. betulkah keputusan aku untuk mengabdikan hidup aku dalam bidang pertanian.. Cita-citaku untuk menjadi seorang pensyarah di universiti terpaksa aku kuburkan. Org kata, 'ko menolak tuah lin dengan melepaskan tawaran SLAB tu, sume dah settle, UNSW di Australia dah panggil, IELTS pun dah settle, buat rugi jer habis duit.. tinggal nak buat visa pelajar jer..'. Entah, mmg aku berbelah bagi.
Tapi bila mengenangkan aku akan berpisah dengan suami aku untuk 5 tahun, adakah aku akan bahagia? 5 tahun bukan sekejap.. kena habiskan master kemudian phd, baru blik Malaysia.. Adakah aku kuat? Waktu tu suami pula dah berusaha untuk bertukar ke Sydney, tapi mungkin tiada rezeki kami, semua admin di Sydney akan berpindah balik ke KLCC.
Aku redha... x sanggup aku nak berpisah dengan suami ku.. walhal tarikh kami kawin sudah hampir. tinggal 2 bulan jer lagi.. Kalu aku teruskan juga, aku akan bersama dengan suami sekejap jer.. Mana yang aku nak, cita-cita atau keluarga aku??
Mmg Tuhan tu Maha berkuasa, Maha bijaksana... dalam aku dok berbelah bagi nak pergi Australia, aku ditawarkan kerja di MARDI sebagai Pegawai Penyelidik tetap.. Adakah ini takdir yang Tuhan berikan utk aku? Bila di bawa berbincang dengan keluarga semua menyokong aku menerima tawaran MARDI dan cancel ke Australia.. Satu-satunya org yang masih menyokong aku ke Australia adalah suamiku.. Aku tahu dia pasti tahu cita-citaku selama ini... Sbb tu dia sanggup ditinggalkan di Malaysia demi aku mencapai cita-citaku...
Ya Tuhan.. Engkau maha mengetahui segalanya.. aku tidak menyesal memilih MARDI sebagai tempat aku mencari rezeki.. Engkau berikan yang terbaik untuk hambaMu ini.. Kini aku bahagia bersama suami dan anak lelaki ku, Muhammad Adam Firdaus.. Aku sudah ada rumah sendiri, tempat aku berteduh hadiah dari suami ku... Tuhan, Engkau maha pemurah...
Jadi, setelah 3 tahun aku di MARDI, segala pahit manis yang aku tempuhi, akan aku teruskan juga.. kerana aku tahu.. Tuhan maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku....
Friday, November 19, 2010
Friday, November 12, 2010
Fireflyz RM0.01 sen promo
Mcm mana nak start yer.. Sejak aku aktif berforum ni, makin ligat aku dgn mambaca ngan hantar post serta share info ngan member2 forum aku.. Hasilnya aku dapat tau Air asia ngan Fireflyz ade wat promo kira mcm free seat la.. bayar airport tax jer.. So rancangannya adalah sama ada nak pegi Langkawi @ Kuching. Kali ni ingat nak pegi domestik jer sbb dah beli tiket flight ke Singapore bulan Jan 2011. So, mmg dijangka akan habis duit bershopping la di sana..
So, survey punya survey, aku pun meng 'confirm payment' dengan fireflyz ke kuching dari KLIA pada 7hb - 10hb May 2011. Harga tiket jangan terkejut ya.. RM18 return.. yayayay.. Apa lagi, aku pun grab 12 tiket sume utk family aku bercuti ke Kuching tahun depan..
Saje cari penyakit tapi aku tetap happy, aku pun dengan gatal mulut mengajak mak lang aku satu family ke Kuching juga pada tarikh itu.. So total sume 19 org akan ke Kuching dengan fireflyz.
Lepas ni kena pikir tempat stay ngan transportation laks... tp xpe lambat lagi.. aku nak pikir ke Singapore dulu lagi 2 bulan lebih lagi nak travel....
Subscribe to:
Posts (Atom)