Alhamdulillah dah 3 Minggu di Gainesville, en hubby pun dah pulang ke Malaysia.. Hmm Rindu nyer Kat Anak-Anak.. Nak tunggu disember lama sungguh rasa..
Apapun, mula dari hari pertama, flight semua berjalan lancar walaupun penat sgt rasa almost 36 jam total travel time..
Sampai di Gainesville, kawan sama-sama di MARDI dah tunggu di airport.. Terima kasih sangat pada Fazly sebab ambil kami di Airport..
Selepas 2 Mlm bermalam di rumah Fazly, baru la lin dapat masuk apartment kami. Lewat masuk rumah sebab electric baru disambungkan.. Alhamdulillah selesa juga rumah kami dengan 2 bilik Dan dapur yang lengkap..
Setelah beberapa hari jetlag, hari orientasi pun Bermula.. Bermula la perjalanan lin sebagai seorg student.. Good luck lin.. Jangan patah semangat..
So dah 3 Minggu ni, hari2 berjalan seperti biasa dengan kelas Dan rutin seorg pelajar.. Moga lin Tabah menghadapi Dugaan berjauhan dengan family ni dengan sabar.. InsyaAllah masa bersama akan Tiba juga..