28 Ogos 2014
Berangkat ke Hong Kong untuk menjalankan export trial MP Durian Musang King. Rombongan dari MARDI adalah Puan Latifah (Ketua Projek), Dr Rozhan dan Lin. Dari DOA, Pn Norsham dan dari MOA Puan Yasrina. Kami juga akan disertai oleh 2 org Faizal dan Yazi dari RTM yang akan buat penggambaran sepanjang export trial ni berlansung.
|
Di KLIA |
|
Baru sampai di Airport di Hong Kong |
Setelah 4 jam penerbangan, kami sampai di Hong Kong. Rupanya dah ada transport yang menunggu kami. Semuanya telah diuruskan oleh Konsulat Malaysia di HongKong. Sepanjang perjalanan ke hotel, lin lihat bangunan di Hong Kong ni semua tinggi-tinggi.. Kagum sungguh.
Kami check in di Empire Hotel area Wan Chai sebab walking distance je dgn Konsulat Malaysia. Dan area ni juga banyak makanan halal.
29 Ogos 2014
Shipment MP Durian pun sampai dan di bawa ke warehouse. So hari ini, plannya pada belah pagi akan ada mesyuarat dengan MATRADE Hong Kong dan selepas itu, kami akan ke warehouse di Tuen Mun untuk memeriksa kualiti MP Durian upon arrival. Sampai di warehouse, terkejut kami kerana warehouse nyer berada di tingkat 8. Selepas tu kami melawat AEON store yang akan terlibat dalam projek ini.
|
Mesyuarat di MATRADE Hong Kong |
|
Warehouse |
|
Di salah satu AEON yang akan menjadi tempat sampling MP Durian |
30 Ogos - 3 September 2014
Kerja-kerja memeriksa kualiti MP Durian berjalan seperti biasa. Kami ambil sample di 3 store AEON berlainan iaitu di Tuen Mun, Tsuen Wan dan K dan buat analysis di Penthouse Malaysia Building di Wan Chai. Dalam masa yang sama, kami juga menjalankan promosi Durian Musang King Malaysia.
|
Produk kami |
|
Bekas kecil 200g HKD138, Bekas besar 400g HKD248 |
|
Ujirasa di Malaysia Building |
|
Ujian Keselamatan produk |
|
Dari kiri: Pn Latifah, Lin, Pn Norsham, Puan Yasrina dan Dr Rozhan |
4 - 6 September 2014
Asia Fruit Logistica. Yang ni lin akan share di entry selepas ini.
So penat memang penat, tapi pengalaman ni sangat la berharga dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih banyak kepada Puan Latifah kerana bagi peluang dan tunjuk ajar. Juga kepada MARDI dan MOA yang memberi kebenaran kepada Lin untuk menyertai Export Trial MP Durian ke Hong Kong ini..