Wednesday, December 10, 2014

Konvokesyen Adam by Little Caliph

Semasa di Oman, Adam kami masukkan ke American Lycetuff Kindergarten. Style pembelajarannya lebih kepada bercakap di dalam kelas, bertanya dan memupuk keyakinan dalam bahasa Inggeris. Kurang menekankan tentang 3M, membaca, mengira dan menulis.
Setelah pulang dari Oman, pada bulan Oktober kami masukkan Adam ke Little Caliph Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, Lin puas hati dengan pencapaian Adam sepanjang setahun tiga bulan di Little Caliph. Dari Adam tak pandai membaca sampailah sekarang ni dah laju dia membaca. Teknik Fast Reading yang diajar oleh guru Little Caliph memang berkesan dan sangat membantu walaupun Adam ketinggalan berbanding kawan-kawannya yang lain pada mulanya. Guru di Little Caliph juga mengajar parent untuk terlibat sama dalam membantu anak-anak agar cepat membaca. Tapi apa yang paling penting bagi kami adalah bantuan Little Caliph dalam mengajar Adam ilmu agama especially bacaan dalam solat dan surah ayat-ayat lazim. Tak lupa juga doa-doa harian yang mana kadang-kadang Lin dan suami tak sempat dan kadang terlepas pandang untuk mengajar. Umur macam Adam memang penting untuk diajar tentang awal-awal bacaan ni, senang diserap dan mudah ingat. Pendek kata, memang kami puas hati dan terhutang budi dengan Little Caliph dalam membantu memberi pendedahan awal pada Adam. Senang Lin dan suami hanya buat revision dan practical di rumah.
So, November 2014 Adam tamat tadika di Little Caliph. Upacara Konvokesyen berlansung di Dewan UNITEN. Mama so proud of you..









Friday, October 17, 2014

Happy 3rd Birthday Faiz

Faiz Aiman dah 3 tahun.. Sekejap je masa berlalu.. Ni dah boleh dapat adik dah ni..








Sunday, September 21, 2014

Export Trial MP Durian to Hong Kong (28 August - 7 September 2014)

28 Ogos 2014
 Berangkat ke Hong Kong untuk menjalankan export trial MP Durian Musang King. Rombongan dari MARDI adalah Puan Latifah (Ketua Projek), Dr Rozhan dan Lin. Dari DOA, Pn Norsham dan dari MOA Puan Yasrina. Kami juga akan disertai oleh 2 org Faizal dan Yazi dari RTM yang akan buat penggambaran sepanjang export trial ni berlansung.

Di KLIA
Baru sampai di Airport di Hong Kong
Setelah 4 jam penerbangan, kami sampai di Hong Kong. Rupanya dah ada transport yang menunggu kami. Semuanya telah diuruskan oleh Konsulat Malaysia di HongKong. Sepanjang perjalanan ke hotel, lin lihat bangunan di Hong Kong ni semua tinggi-tinggi.. Kagum sungguh.



Kami check in di Empire Hotel area Wan Chai sebab walking distance je dgn Konsulat Malaysia. Dan area ni juga banyak makanan halal.
 
29 Ogos 2014
 
Shipment MP Durian pun sampai dan di bawa ke warehouse. So hari ini, plannya pada belah pagi akan ada mesyuarat dengan MATRADE Hong Kong dan selepas itu, kami akan ke warehouse di Tuen Mun untuk memeriksa kualiti MP Durian upon arrival. Sampai di warehouse, terkejut kami kerana warehouse nyer berada di tingkat 8. Selepas tu kami melawat AEON store yang akan terlibat dalam projek ini.

Mesyuarat di MATRADE Hong Kong
Warehouse



Di salah satu AEON yang akan menjadi tempat sampling MP Durian


30 Ogos - 3 September 2014
 
Kerja-kerja memeriksa kualiti MP Durian berjalan seperti biasa. Kami ambil sample di 3 store AEON berlainan iaitu di Tuen Mun, Tsuen Wan dan K dan buat analysis di Penthouse Malaysia Building di Wan Chai. Dalam masa yang sama, kami juga menjalankan promosi Durian Musang King Malaysia.


Produk kami
Bekas kecil 200g HKD138, Bekas besar 400g HKD248



Ujirasa di Malaysia Building

Ujian Keselamatan produk

Dari kiri: Pn Latifah, Lin, Pn Norsham, Puan Yasrina dan Dr Rozhan

4 - 6 September 2014
Asia Fruit Logistica. Yang ni lin akan share di entry selepas ini.
 
 So penat memang penat, tapi pengalaman ni sangat la berharga dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih banyak kepada Puan Latifah kerana bagi peluang dan tunjuk ajar. Juga kepada MARDI dan MOA yang memberi kebenaran kepada Lin untuk menyertai Export Trial MP Durian ke Hong Kong ini..














 

Sunday, August 24, 2014

Adam's Yamaha Music Recital Book 1 & 2

Now Adam dah 6 tahun, kami plan nak bagi Adam join Yamaha Music.. Mana tahu dia minat, boleh galakkan sementara masih kecil lagi ni.. Setelah tamat untuk buku 1 dan 2, so Yamaha Music cawangan Kajang anjurkan recital untuk Adam dan kawan sekelasnya..
* Alamak.. takde pulak gambar ada masa main piano..

Tarikh: 10 Ogos 2014
Tempat : Metro Kajang







Monday, July 7, 2014

Run Forrest Run

Teringat cerita Forrest Gump..

Jalan-jalan dekat The Curve, plan nk dinner terus kat sana.. Nampak cafe Bubba Gump Shrimp Co. terus rasa nk makan udang.. Apa lagi, terus order laa..


Eh, mana pulak gambar udang dalam boat ni.. dah xde la pulak..
Takpe, nanti jumpa lin upload..
Alhamdulillah kenyang..
Faiz kata bye...
 
 
 

Friday, January 17, 2014

Bernafas kembali

Dah lama tak tulis blog.. Rindu sgt Kt blog ni. Tp nape ntah masa xde nk menulis Dan update cite Kat sini.. Padahal byk cite nk share dlm blog ni dr hari-hari terakhir di Oman sampai la dah selamat di Malaysia ni.. 
Memula tu rasa macam dah surrender dah ngn blog ni tp en hubby bagi smgt.. Katanya, blog ni kalau xde org baca skg xpe.. Tp Akan datang blog ni Akan jadi kenangan utk anak2 bila diorg besar nanti.. Huhu.. Sentimental pulak dengar. So Lin semangat balik nk menulis.. Rasa nk tulis sume benda walaupun sekecil- kecil benda.. Betul.. Biarla apa yg Lin tulis ni jadi kenangan Dan bleh di baca untuk anak-anak nanti..
So Lin.. Chaiyuk..