Friday, January 15, 2010

1st Raya Adam

Pada 20 Sept 2009, buat pertama kali Adam sambut Hari Raya Puasa. Adam baru 9 bulan. Seronok sangat beraya bersama Adam. Walaupun Adam kecil lagi, tapi abah nye nak sangat pakaikan Adam baju melayu. Cari merata tempat juga, tapi x jumpa saiz dan colour yang sesuai. Akhirnya kami beli baju melayu Adam dekat Jalan TAR. Memang banyak pilihan.


Nih gambar Adam beraya di kampung, tahun 2009 ni, beraya di kampung abahnya di Parit, Perak.

Rumah baru @ Taman Kejora Kajang, Part 2

Nih aku nak update tentang umah yang aku beli nih. Gambar nih diambil bulan Oktober 2009. Rumah dah hampir siap. Tinggal nak buat jalan je lagi. Maybe ambil masa 6 bulan juga lagi kot nak settle semua.

Wednesday, January 6, 2010

Rumah Baru @ Taman Kejora Kajang, Part 1

No 39, Jalan Kejora 3, Taman Kejora, 43000 Kajang, Selangor

Tu la alamat rumah baru aku.. Pada tahun 2008, aku dan hubby decide nak cari rumah. Bukan apa, sampai bila nak menyewa kan.. Daripada bayar rumah sewa, baik beli rumah. Buat pelaburan jangka panjang.

Banyak gak tempat kami survey, dari area Cheras (Bandar Tun Hussein On & Mahkota Cheras), Area Bangi (SS7,8,13, Sungai Merab, byk lagi la), Area Serdang (Bandar Puncak Utama), Area Puchong (Area Pasar Borong Selangor, Dekat Jusco Equine, semua harga kat situ RM400 K ke atas.. ) & Area Kajang (Semenyih, Bandar Tek Kajang, Taman Bukit Mewah, Taman Sutera) dan byk lagi la sampai x ingat.

Akhirnya sebelum aku bersalin tu, kami pun decide nak beli dekat projek yang paling dekat dengan umah kami sewa skg iaitu projek perumahan baru bernama Taman Kejora. Aku duduk Taman Kajang Utama.

Jadi selepas bayar booking RM1000, kami pun sign S&P dan loan pula, suami aku bersetuju akan menggunakan semua loan dia. Harga rumah termasuk tanah RM 301 000 ++.

Kami pilih corner lot double storey, total area 2307 sqfeet. Rumah kecil saja, 24x55 bersamaan keluasan 1320 dan selebih nye tanah. Rasa beruntung sangat dapat grab rumah ni sbb kami dapat cornet lot dengan harga lebih kurang RM300 K. Area kajang x dapat cornet lot harga tu, semua mesti cecah RM400K. Kami rasa rumah ni sesuai dengan kemampuan kami. X perlu rumah besar tp harga mahal, bayar bulan-bulan nanti sakit..

Taman Kejora ni mmg tengah-tengah bandar Kajang, kawasan Sungai Chua, x sampai 1km pun dari highway SILK. Senang access ke bandar Kajang, KL dan sudah semestinya ke MARDI (tempat aku kerja) Lebih kurang 15 minit je kalau x jem.

Nih pada bulan April 2009: