Sunday, May 1, 2016

Ahlan Wasahlan Aydan Fiqri Bin Mohd Fairuz

Alhamdulillah..

Syukur akhirnya penantian selama 4 tahun ini berakhir.. Tanggal 17 Mac 2016, lahirnya Aydan Fiqri Bin Mohd Fairuz. Berada di bumi asing ini sesungguhnya satu pengalaman baru yang manis untuk dikenang..
Selama berada di bumi Gainesville ini, Allah utuskan peneman di kala semua keluarga jauh di Malaysia.. Dia lah yang menjadi rakan ke kuliah, bergasak-gasak menaiki bas dan menjadi peneman tidur di kala keseorangan.. 9 bulan dikandung, tuhan beri kesihatan yang baik kepada kami berdua.. Pertama kali lihat wajahnya, menitik air mata.. Ini lah rupanya yang susah senang berdua dengan ku selama di sini.. Semoga menjadi anak yang soleh Aydan Fiqri.. Dan moga berjaya dunia dan akhirat..

Date: March 17, 2016
Time: 11pm
Hospital: UF Shands Hospital, Gainesville, Florida USA
Weight: 2.83kg (39 weeks)














Thursday, April 14, 2016

Sepetang di Lake Wauberg

Lake Wauberg, University of Florida's Private Park
Tarikh: April 9th, 2016

Ni nak cerite ckit trip kami g Lake Wauberg yang tak jauh dari rumah kami. Lake Wauburg ni sebenonye memang la dikhaskan tuk student2 UF as nak masuk cni memang kene tunjuk ID. Kalau takde ID, memang alamatnye tak leh masuk la... So tempat ni memang tuk student2 je, so tu la pasal bile masuk je, memang student2 je yang penuh kat cni. (terase mude2 plak hehehe padehal berderet anak ngan bini aku bawak ni:).

so nak disummarykan, tempat ni ok n best, sebab bley berkayak and berpaddling boat secara free ie again tunjuk ID je.. inshaAllah next time akan pergi lagi so nanti akan diaddkan ye banyak gambo lagi. sorry kali ni gambo tak banyak... ooo tapi tak leh lupe, tgah sedap bebudak ni mandi tasik, tetibe mamat guard tu suh sume org naik, ingatkan sebab ape, rope2nye ade anak boye memunculkan diri kat depan je tempat kiteorng mandi tu huhuh memang dasar boye la boye tu hehehe.

Wokey, sekian dulu tuk post kali ni, inshaAllah nanti kite share banyak lagi ye. ni pun sesaje try nasib menulih blog ni so cam best lak...in addition bini teman pun tgah sebuk beno n tak sempat nak update blog ni heheheh so dengan lafaz bismillah, biolah teman try start nulih ni kan, bukan ape, boleh dijadikan kenangan n bahan rujukan di mase akan dtg. 










Thursday, March 31, 2016

2016 Awardee (Tropical Research Category)

Alhamdulillah.. Menerima hadiah daripada UF/IFAS, University of Florida. Hadiah bernilai USD300 sebagai penerima anugerah 2016 bagi kategori Tropical Research. Moga award ini menjadi pemangkin semangat untuk belajar dan buat penyelidikan dengan lebih tekun.


Wednesday, November 4, 2015

Florida Agriculture Expo 2015

As a graduate student here, I got an opportunity to participate in Florida Agriculture Expo. This event was organized every year by University of Florida. and this year was conducted at University of Florida IFAS Gulf Coast Research and Education Center in Bradenton, Florida. This expo was mainly focused to introduce the new technology to the fruits and vegetables growers. A lot of activities and exhibition were prepared by the organizer for the public to understand more about the Florida’s agriculture.  The expo was began with talk from invited speakers from University of Florida and private sectors as well as success growers. Then, in the afternoon there was a technical tour to show the technology to the participants. My team led by my supervisor was doing transfer technology regarding hydro-cooling system as postharvest treatment to extend storage life of fruits and vegetables.

Date: November 4, 2015
Vanue:University of Florida IFAS Gulf Coast Research and Education Center in Bradenton, Florida






Squash



My supervisor Prof Dr. Steven A. Sargent

Hydro-cooling system

Monday, October 26, 2015

Petik Oren

Sebelum datang Florida ni hanya tau orange sunkist, limau manis, pamelo, limau nipis, limau kasturi, limau purut. Sekarang ni jumpa macam-macam jenis limau.. Orange sunkist pun dah macam-macam jenis variety. Ada Navel, Valencia, Orlando, Tangelo, Tangerine, Clementine dan banyak lagi la. Tu baru yang kaler oren, yang kaler merah grapefruit pun macam-macam jenis jugak.. Hijau yang limau manis pun banyak. Sebabnya Florida ni adalah pengeluar citrus terbesar di US yang mana 80% citrus di US adalah dari Florida. Beza buah oren atau citrus ni boleh google memang banyak jenis. 
Jadi dah duduk di Florida ni tak sah la kan kalu tak masuk ladang oren. Memang pengalaman baru untuk lin, dapat petik oren sendiri. Ni lokasi adalah di UF Citrus Research Plot berdepan dengan department lin. Time ni bantu kawan buat projek lepas tuai oren untuk menentukan variety baru oren yang seedless ni boleh setanding tak dengan variety yang dah komersial seperti navel dan valencia.






Wednesday, September 9, 2015

3 Minggu di Gainesville

Alhamdulillah dah 3 Minggu di Gainesville, en hubby pun dah pulang ke Malaysia.. Hmm Rindu nyer Kat Anak-Anak.. Nak tunggu disember lama sungguh rasa..
Apapun, mula dari hari pertama, flight semua berjalan lancar walaupun penat sgt rasa almost 36 jam total travel time.. 
Sampai di Gainesville, kawan sama-sama di MARDI dah tunggu di airport.. Terima kasih sangat pada Fazly sebab ambil kami di Airport..
Selepas 2 Mlm bermalam di rumah Fazly, baru la lin dapat masuk apartment kami. Lewat masuk rumah sebab electric baru disambungkan.. Alhamdulillah selesa juga rumah kami dengan 2 bilik Dan dapur yang lengkap..
Setelah beberapa hari jetlag, hari orientasi pun Bermula.. Bermula la perjalanan lin sebagai seorg student.. Good luck lin.. Jangan patah semangat.. 
So dah 3 Minggu ni, hari2 berjalan seperti biasa dengan kelas Dan rutin seorg pelajar.. Moga lin Tabah menghadapi Dugaan berjauhan dengan family ni dengan sabar.. InsyaAllah masa bersama akan Tiba juga..





Tuesday, June 16, 2015

Yang mana satu..

Proses nak apply university ni nak kata senang, tp ada juga lecehnya. Cuma semuanya boleh dilakukan secara online. Buka webpage University yang diingini, lepastu cari bahagian new student then boleh check requirement kat situ dan cara nak apply.
Cuma yang x bestnya kat sini, setiap application akan dikenakan bayaran. Bergantung pada university ada yang mahal dan ada yang murah. Sebab apa mahal, sebab apa murah, tu lin xtau..
So untuk lin, lin pilih university yang bagus untuk bidang lin, Post harvest Program. Nak check kat mana, just tengok ranking. Mcm lin, akan search agriculture then horticulture. Lepas tu pilih la beberapa university yang berkaitan. Oh jangan lupa juga buka website university tu satu-satu untuk check Supervisor yang berkaitan dengan bidang kita.
So dipendekkan cerita, Lin pilih 4 university:
1. University of California Davis, USA : Strong in post harvest, ramai lecturer dalam bidang berkaitan, Fee: usd110
2. University of Florida, USA : Strong in post harvest, ramai lecturer dalam bidang berkaitan, Fee: usd30
3. Wageningen University, Netherlands : Strong in post harvest, ramai lecturer dalam bidang berkaitan, Fee: free
4. Washington State University, USA : Ada seorang lecturer buat postharvest biochemistry, Fee: usd 75

So lin apply semua university di atas. Dan setelah ditimbang-timbang lin pilih University of Florida untuk sambung Master ni.. Bismillah..