Sunday, September 1, 2013

Kontena dah sampai

Alhamdulillah setelah lama tunggu akhirnya pada 23 Ogos 2013, kontena kami pun sampai. Kontena ni naik kapal dari Muscat,Oman ke Pelabuhan Klang. Selepas dah clear, barulah pihak packers boleh hantar ke rumah. So satu lori kontena la masuk area kawasan perumahan lin. Alhamdulillah takde apa yang hilang sebab kontena yang sama masuk barang kat Oman aritu, kontena yang sama sampai. Maknanya tiada siapa yang buka.






Budak baju kuning tu yang paling sibuk sekali. Orang sibuk nak angkat barang, dia sibuk ke hulu ke hilir..






Nasib baik takde barang yang rosak, cuma ada sikit je yang basah gara-gara kontena bocor.. En Hubby suruh check kalau-kalau ada yang rosak sebab boleh claim insurans.

Walaupun kontena dah sampai, episod kemas mengemas tak dapat dijalankan lagi sebab rumah tingkat bawah nk renovate sikit. So, semua barang disimpan di dalam bilik tingkat atas sampailah renovation selesai.

Tuesday, March 26, 2013

Tetamu Allah (Umrah) - Part 1 Madinah


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu.
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. 
Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

Begitu semangat sekali lin melafazkan talbiah ni.. Macam-macam rasa dalam hati sebab tak sangka dapat juga datang menjadi tetamu Baitullah.. Alhamdulillah, tahun ni lin diberikan peluang dan kesempatan dari Allah untuk mengunjungi Baitullah, rumah Allah yang agung.. Memang seakan mimpi dapat mengerjakan umrah seawal ini dan dapat pergi bersama family. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami dan melapangkan masa kami untuk menziarah Masjidil Haram yang memang dicita-citakan oleh semua umat beragama Islam.
Perancangan sememangnya telah awal kami buat dari bulan Disember 2012 lagi dan tarikh berangkat adalah pada 26 Februari 2013. Kami sekeluarga pergi bersama Abah dan Mama Lin dan juga adik Lin, Nadia menggunakan perkhidmatan Andalusia Travels and Tours. Kami ambil ground package jer sebab ticket dan visa kami telah siapkan di Oman. Sampai pada harinya, kami pun bersiap dan berangkat dari Muscat, jumpa mama abah dan adik di Muscat International Airport sebab transit kat situ. Seronok nya tak terkata, lama dah tak jumpa mereka..
Berjumpa di Muscat International Airport

Lunch dulu
Kami meneruskan perjalanan ke Jeddah yang mengambil masa dalam 3 jam dari Muscat. Sampai di Airport Jeddah, kami berkumpul bersama mutawwif dan di bawa menaiki bas menuju ke Madinah. Perjalanan hampir 6 jam ke sana. Tiba di Madinah pada jam 3 pagi, hati ni merasa seronok sangat dapat mengunjungi Kota Madinah..
"Ya Allah, negeri ini adalah tanah haram Rasul-Mu, dan telah Engkau haramkan ia di atas lisan baginda s.a.w., maka jadikanlah ia penjaga bagiku dari neraka, aman dari seksa dan buruk perhitungan di hari kemudian."
Kami sampai di Mubarak Silver Hotel dan berehat sebentar sebelum ke Masjid Nabawi untuk solat subuh. Di Masjid Nabawi, pelbagai perasaan terasa.. Seronok, rindu semua ada.. Kali pertama menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi syukur sangat dapat melihat masjid yang disebut-sebut sebagai masjid Nabi. Fadhilat bersolat di Masjid Nabawi adalah mereka yang bersolat di dalamnya akan mendapat 1000 (lebih afdhal) bersolat di tempat lain. Inilah rupanya, sangat cantik luar dan dalam.
Pintu Bab As-Salam

Yang kubah hijau tu menunjukkan masjid asal yang dibina oleh Rasulullah

Di dalam Masjid Nabawi

Di luar Masjid Nabawi

Payung-payung yang cantik

En Hubby kesayangan
Setelah minum pagi di hotel, kami mengikut mutawwif untuk melawat kawasan masjid, ke tanah perkuburan Baqa' dan juga melihat masjid asal yang dibina Rasulullah iaitu yang mempunyai kubah hijau. Tidak lupa untuk berdoa dan menyampaikan salam kepada Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda juga ahli keluarga baginda. Juga umat Islam yang dikebumikan di perkuburan Baqa'. Selepas itu kami dibawa masuk ke dalam Masjid Nabawi untuk berdoa di Raudhah.. Ketika ini, para wanita tidak dibenarkan membawa kamera dan akan diperiksa di pintu masjid.
Pengalaman sewaktu sampai di dalam masjid berdekatan dengan makam Rasulullah, rasa seronok sangat. Dapat menziarah makam Rasulullah, walaupun dari jauh, tetap dapat berdoa dan sampaikan salam kepada Rasulullah.. Juga kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan juga Saidina Umar Al-Khattab. Bila beriktikaf di masjid, mengimbas kembali perjalanan dakwah Rasulullah, terasa sedih, sayu dan rindu kepada Rasulullah..
"Salam sejahtera ke atas engkau wahai junjungan yang mulia, Rasul yang pemurah dan penyayang, yang telah dipilih oleh Allah menjadi kekasih-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya. Aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tanggungjawab risalah dan telah menunaikan amanah, telah memberi nasihat kepada umat dan telah berjihad bagi meninggikan agama Allah, sejahteralah ke atas engkau, berkekalan sehingga hari Kiamat. Ya Allah, ya Tuhanku, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di akhirat, serta jauhkanlah kami dari seksa neraka. Ya Allah, kurniakanlah kepada jujungan akan kemuliaan dan pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
Untuk masuk ke Raudhah, kami perlu berkumpul ikut bahasa. Akan ada sepanduk yang bertulis Bahasa Melayu, so kami semua akan berkumpul di situ bersama jemaah dari Indonesia, Brunei dan juga yang menggunakan bahasa Melayu. Masa yang diambil agak lama untuk masuk ke Raudhah kerana kawasannya sangat kecil bertanda dengan karpet yang berwarna hijau. Jadi kami perlu menunggu hampir 2 jam untuk tiba giliran kami. Dan apabila berpeluang ke menjejakkan kaki di Raudhah, sebuah taman dari taman syurga, tempat yang doa akan mustajab dan diangkat kepada Allah, kami pun mengambil peluang solat dua rakaat dan berdoa. Moga Allah makbulkan doa kami ya Allah..
Gambar dalam Raudhah, hubby yang ambilkan

Sangat ramai orang..
Selain ke Masjid Nabawi dan sekitarnya, kami juga dibawa melawat dan bersolat di Masjid Quba', masjid yang pertama sekali dibina oleh Rasulullah setelah tiba di Madinah. Bersolat di Masjid ini, fadhilatnya bersamaan dengan mengerjakan umrah. Selepas itu kami melawat Masjid Dua Kiblat, Pasar Kurma dan juga Bukit Uhud, tempat di bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib mati syahid dalam Perang Uhud.
Di Bukit Uhud


Bersolat dan beriktikaf di Masjid Nabawi, berdoa di Raudhah, semuanya pengalaman pertama bagi lin, pengalaman yang sangat manis dan akan diingat sampai bila-bila.. Kunjungan terakhir kami ke Makam Rasulullah untuk mengucapkan selamat tinggal, sangat meruntun hati, sedih dan berharap dipanjangkan umur untuk dapat berziarah lagi ke sini..
"Ya Allah, berilah selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya dan janganlah menjadikan kunjungan ini penghabisan bagiku dengan nabi-Mu, hapuskanlah segala dosaku dengan menziarahinya dan bekalilah aku keselamatan dalan perjalananku serta mudahkanlah kepulanganku ini menuju ahli keluargaku dengan selamat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih."

Wednesday, February 13, 2013

Dolphin watching

Sementara tengah winter ni (Jan 2013), en hubby ajak kami semua pergi dolphin watching. Kat Muscat ni memang popular dengan aktiviti dolphin watching ni. Dan memang rumah kami tak jauh dari port dalam setengah jam jer, jadi weekend pun sempat nak pergi. Adam lah yang paling excited..
Kami sampai di jetty pada jam 8.00 pagi. Jetty ni terletak di Marina Bandar Al Rowdha di Muscat. Hubby dah book ticket pada jam 8.30 pagi, harga OMR15 per adult. Kalau nak snorkeling pun boleh hanya tambah 5 rial lagi. Masa boat bergerak, kami duduk di hadapan sekali jadi angin sangat kuat. Baby Faiz mula-mula takut tapi dah peluk dan rilex, boleh pulak dia tertidur. Maklum ditiup-tiup angin sambil melambung-lambung dalam boat dia ingat buai agaknya. Adam pulak, asyik cakap "Mama, kita ni naik speedboat ker mama? Laju nyer speedboat.." Dia selalu tengok dalam buku dia jer speedboat, haa kali ni merasa la dia naik..
Adam & Faiz excited nak naik boat

Jetty

Banyak boat parking

Jetty Marina Bandar Al Rowdha

Bergambar satu family dalam boat

Adam excited, Faiz takut..
Jauh juga boat ni bergerak ke tengah laut. Dalam setengah jam perjalanan macam tu, kami tiba di tengah-tengah laut yang ombak nya tenang.. Masa ni baru pemandu boat tu cakap dia akan cari group dolphin sebab dolphin memang byk di kawasan laut yang tenang. Katanya lagi, di Muscat ni memang ada dolphin sepanjang tahun. Dan boleh lihat pada waktu pagi hingga tengahari jer.
Tak lama dalam 5 minit macam tu, kami dah nampak dolphin berenang-renang. Patutlah kita panggil sekawan dolphin kan sebab mmg dia berenang dalam group. Siap lompat-lompat lagi, ada yang pusing-pusing boat kami dan ada juga yang berenang-renang lompat serentak.. Seronok sangat tengok.. Adam sampai menjerit-jerit..




Lepas dalam 30 minit tengok dolphin, pemandu boat bawa kami bersiar-siar di tepi perairan bandar Mutrah dan Barr Al Jissah. Ada 2 hotel yang sangat besar 5 star iaitu Shangri-La Barr Al Jissah Resort & Spa  dan juga Hotel Al Bustan Palace. Memang cantik lihat dari laut sebab hotel tu berlatarbelakangkan gunung batu. Selepas itu, kami dibawa coastal cruise melihat permandangan yang cantik dari laut.
Shangri-La Barr Al Jissah











Al Bustan Palace Hotel


Dalam jam 10.00 pagi, kami pun sampai di jetty semula. Pengalaman menaiki boat dan melihat dolphin selama 2 jam sangat menarik dan Adam tak henti-henti bercerita tentang dolphin selepas tu.. Katanya "Mama, dolphin dah tengok, nak tengok whale dan shark pulak lepas ni boleh? Nak tengok betul-betul ya.. tak nak yg kat dalam mcm kita gi dulu tu..(maksudnya dalam Aquarium di Dubai Mall)".  Lin macam.. "Alamak!!"
huhu.. Sekian..

Thursday, January 24, 2013

Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting

Lin ada seorang member kat Muscat ni, namanya Hafizah sangat pandai buat kek. Apa yang dia buat, mesti menjadi dan sedap sangat. Dia pun rajin sangat baking ni. Jadi, disebabkan Lin tak pandai sangat baking, maka Lin pun belajarla buat kek dengan dia.. Kami ada dalam 2 orang lagi ibu-ibu kat Muscat ni yang dari Petronas buat group untuk belajar masak-masak ni. Alhamdulillah, Lin dapat juga ilmu memasak kat Muscat ni. Terima kasih sangat Hafizah dengan ilmu yang diberikan, moga bertambah berkat dan dimurahkan rezeki.
Jom tengok resepi kat bawah ni

Resepi kami refer dari www.joyofbaking.com

Red Velvet Cake:
2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk - lin tukar kepada yogurt
2 tablespoons liquid red food coloring
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda


Cream Cheese Frosting:
1 - 8 ounce (227 grams) cream cheese, room temperature
1 - 8 ounce (227 grams) tub of Mascarpone cheese, room temperature - lin just pakai cream cheese
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (115 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
1 1/2 (360 ml) cups cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat)

Read more: http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCake.html#ixzz2KxKpLm4O

Peralatan baking

tepung, cocoa powder dan baking soda yang telah diayak

Tadaa... inilah hasilnya

Masa untuk makan

Lihatlah layer tu..



Tuesday, January 22, 2013

Camping beramai-ramai..

Sekarang Oman tengah musim winter, so cuaca sejuk sangat. Time ni lah sesuai buat aktiviti outdoor spt jalan-jalan kat beach, pegi park dan juga camping.. Hehe.. Kami plan pegi camping di satu tempat jauh sikit dari Muscat. Tempat tu namanya Yiti, cantik sangat.
So, setelah preparation dibuat, (mostly bab makan la sbb khemah semua mmg bawa dari Malaysia lagi), kami pun bertolak ke Yiti selepas Zohor dan sampai selepas 45 minit perjalanan. Sampai tepi pantai.. wahh bestnyer angin pantai ni.. Nyaman sangat.. Tapi baru pukul 4 petang dah start rasa sejuk.. Huhu.. Macam mana la malam ni..
Geng-geng mak dara dan anak dara

Adam, Amni dan Faiz main pasir

Seronok sangat camping ramai-ramai

Khemah kami berlatarbelakang bukit batu

Ombak yang sangat besar
Kami buat BBQ utk makan malam, best sangat.. Angin memang sejuk sampai ke tulang. Nasib baik bawa glove, kalau tak beku tangan. Walaupun sejuk tapi semua duduk mengelilingi api. Bukan unggun api tapi bara api tempat BBQ.. Selera sungguh makan. Bebudak Adam dan Faiz tidur awal mungkin sebab kepenatan main pasir dan juga diulik angin laut yang mendayu-dayu ni.. Kami yang dewasa ni main game UNO sambil dihiburkan oleh member-member yang nyanyi sambil main guitar. Ntah pukul brape ntah, lin tak perasan terlelap..
Esok pagi, mmg rasa sangat sejuk.. Tak tahan sampai kena berselimut. Bebudak ni memang tidur lena. Breakfast ni kami makan french toast dan roti bakar. Sambil-sambil makan, kami berbual-bual dan share pengalaman masing-masing. Jam 10 pagi kami bertolak balik jadi selepas makan, kami bersiap-siap kemas barang-barang dan khemah masing-masing. Dan yang paling penting, gambar bersama kawan-kawan mesti ambil sebagai kenangan camping di Yiti, Oman. Pengalaman yang menarik dan merapatkan ukhwah sesama kami di sini..
Tidur lena sampai ke pagi

Bila dah bangun..

Sekeluarga di depan khemah

Kemas nak balik

En Hubby lipat khemah
Group picture.. Best!!