Tuesday, February 9, 2010

Bercuti di Kota Kinabalu

Dec 2009, kami bercadang untuk bercuti ke Kota Kinabalu Sabah. Tersangatlah excited sbb ni 1st time Adam naik kapal terbang. Actually plan ni mmg havoc sket, last minute baru decide nak pergi.
Untuk flight pergi, kami bertolak dari rumah ke KLIA pukul 12. Sampai ke KLIA, masih ada setengah jam lagi sebelum berlepas. So kami lepak dulu dalam Golden Lounge kat KLIA. Adam masa dalam flight baik sangat, x nangis pun. Dia main dan tidur macam biasa. very good boy. Sampai di KK, ayah saudara Fairuz yang duduk di KK ambil kami di Airport, panggil ayahanda. Kami menziarah ayahanda dan bonda dan tidur di rumah mereka 1 malam. Esoknya, kami check in di Hyatt Regency Kinabalu sebab suami ada kerja sket kat sana. Tidur sana 2 malam dan syok sangat jalan-jalan pergi 1 Borneo, kawan Fairuz yang bawakan.

Best sangat jalan-jalan di KK, pergi pasar filipina, pasar ikan masin & pagi sebelum balik tu, beli makanan laut basah masuk dalam ice box. Adam bila balik hotel je, tido kepenatan. Maklumla, penat sangat ikut mama & abah pegi jalan-jalan. Tapi disebabkan percutian ni singkat je, kami x sempat nak pergi kaki bukit Gunung Kinabalu. Mungkin satu hari nanti, bila Adam dah besar sket, boleh la kami pergi ke sana.

Flight balik pukul 7 malam dari Airport KK ke KLIA. Walaupun pada mulanya waktu berlepas pukul 5 tapi asyik delay sampai pukul 7. Apa lagi, kami pun lepak dalam Golden Lounge Airport KK, makan dan rehat di situ.

Pukul 7 mlm, panggilan penumpang utk berlepas ke KLIA pun tiba, kami pun berangkat dan pulang ke KL. Sampai di rumah di Kajang pada pukul 12.00 malam.


Friday, January 15, 2010

1st Raya Adam

Pada 20 Sept 2009, buat pertama kali Adam sambut Hari Raya Puasa. Adam baru 9 bulan. Seronok sangat beraya bersama Adam. Walaupun Adam kecil lagi, tapi abah nye nak sangat pakaikan Adam baju melayu. Cari merata tempat juga, tapi x jumpa saiz dan colour yang sesuai. Akhirnya kami beli baju melayu Adam dekat Jalan TAR. Memang banyak pilihan.


Nih gambar Adam beraya di kampung, tahun 2009 ni, beraya di kampung abahnya di Parit, Perak.

Rumah baru @ Taman Kejora Kajang, Part 2

Nih aku nak update tentang umah yang aku beli nih. Gambar nih diambil bulan Oktober 2009. Rumah dah hampir siap. Tinggal nak buat jalan je lagi. Maybe ambil masa 6 bulan juga lagi kot nak settle semua.

Wednesday, January 6, 2010

Rumah Baru @ Taman Kejora Kajang, Part 1

No 39, Jalan Kejora 3, Taman Kejora, 43000 Kajang, Selangor

Tu la alamat rumah baru aku.. Pada tahun 2008, aku dan hubby decide nak cari rumah. Bukan apa, sampai bila nak menyewa kan.. Daripada bayar rumah sewa, baik beli rumah. Buat pelaburan jangka panjang.

Banyak gak tempat kami survey, dari area Cheras (Bandar Tun Hussein On & Mahkota Cheras), Area Bangi (SS7,8,13, Sungai Merab, byk lagi la), Area Serdang (Bandar Puncak Utama), Area Puchong (Area Pasar Borong Selangor, Dekat Jusco Equine, semua harga kat situ RM400 K ke atas.. ) & Area Kajang (Semenyih, Bandar Tek Kajang, Taman Bukit Mewah, Taman Sutera) dan byk lagi la sampai x ingat.

Akhirnya sebelum aku bersalin tu, kami pun decide nak beli dekat projek yang paling dekat dengan umah kami sewa skg iaitu projek perumahan baru bernama Taman Kejora. Aku duduk Taman Kajang Utama.

Jadi selepas bayar booking RM1000, kami pun sign S&P dan loan pula, suami aku bersetuju akan menggunakan semua loan dia. Harga rumah termasuk tanah RM 301 000 ++.

Kami pilih corner lot double storey, total area 2307 sqfeet. Rumah kecil saja, 24x55 bersamaan keluasan 1320 dan selebih nye tanah. Rasa beruntung sangat dapat grab rumah ni sbb kami dapat cornet lot dengan harga lebih kurang RM300 K. Area kajang x dapat cornet lot harga tu, semua mesti cecah RM400K. Kami rasa rumah ni sesuai dengan kemampuan kami. X perlu rumah besar tp harga mahal, bayar bulan-bulan nanti sakit..

Taman Kejora ni mmg tengah-tengah bandar Kajang, kawasan Sungai Chua, x sampai 1km pun dari highway SILK. Senang access ke bandar Kajang, KL dan sudah semestinya ke MARDI (tempat aku kerja) Lebih kurang 15 minit je kalau x jem.

Nih pada bulan April 2009:











Monday, November 2, 2009

My Patapum Soft Structured Carrier

Hari ni 2 November 2009, Adam dah 10 bulan. Bulan lepas masa check-up 9 bulan, berat adam naik lagi menjadi 9.3kg. Ikut bulan, 9 bulan, 9 kg. Maybe skrg 10 bulan, 10kg. Adam dah semakin good boy. Aku dah boleh keluar jalan-jalan ngan Adam. Dia dah tak nangis dan senang diajak bermain.



Sekarang aku dah ada lagi satu carrier. Yang ni baru beli bulan lepas (Sept 09). Sebabnya, aku perlukan carrier yang guna double-shouldered, baru rasa ringan sket. RS aku pun dah jarang guna sebab dah sakit bahu. Hubby pun tak sporting, tak nak pakai RS tu. Hmm, jadi aku kena cari carrier baru, ala-ala Baby Bjourn gitu.



Aku refer dalam MBW forum, ada kajian mengatakan yang carrier yang sesuai utk baby adalah carrier yang boleh tampung berat badan baby dan keseluruhan paha dia (ini ayat aku). Carrier yang mcm Baby Bjourn tu menampung berat baby pada kelengkang dia (crotch style). Style ni tak baik untuk perkembangan tulang baby. Nanti kalau aku jumpa balik article tu, aku share..




Satu hari tu, aku n hubby pegi jalan ke Ampang Park dengan niat nak survey carrier yang sesuai. Kami pergi ke Tiny Tapir, kedai yang direcommendkan dalam MBW forum. Mcm-mcm carrier ada kat situ, ada pouch, RS, wrap, dan Soft Structured Carrier (SSC). Aku pun beritahu staff kat situ ttg kami punya keperluan. So, staff tu suggest beli SSC sebab yang double-shouldered carrier adalah SSC dan wrap. Wrap lebih sesuai kepada newborn baby. Hubby pun try la SSC kat situ sbb dia pun yang akan lebih kerap pakai. (Ke aku jugak yang kena dukung Adam?) Hubby try Ergo, Angelpack, Patapum, Pikkolo and Scootababy.


Dalam banyak-banyak tu, Angelpack, Patapum dengan Pikkolo paling dia suka. Pikkolo boleh foward facing tp harga dia mahal sangat. RM500++ utk satu carrier. So, kami pun decide nak pilih either angelpack atau patapum. Tapi disebabkan time tu Adam dah mengamuk nak tido, kami rasa baik kami balik fikir dulu.


Then, masa Parenthood Expo di Mid Valley haritu, kami decide nak beli juga SSC. Dah x tahan dah nak dukung Adam barehand mcm tu je. Time tu start puasa dan kami pun berkira-kira budget untuk raya. Rasanya mampu beli patapum je.. So, kami pun pergi booth Tiny Tapir dan try sekali lagi Patapum. Try punya try rasanya Adam lebih sesuai dalam Toddler Patapum sbb Baby Patapum dah kecil untuk dia. (Adam nih baby type panjang sket). Dapatlah Patapum
pada hari itu dengan harga RM370.00. Okla, sesuai dengan our budget.

Rupanya patapum nih product Italy. Kami pilih warna kanvas. Adam selesa sangat duduk dalam tu..

My Snugg Ring Sling

Dah lama x tulis dlm blog ni.. Sedar-sedar, adam dah semakin membesar. Masa 7 bulan check-up (now adam dah 10 bulan), berat adam 7.4 kg.. Hmm berat kan.... Aku pun dah x kuat nak dukung. Sekejap-sekejap bolehla.. Jadi aku pun mula la mencari carrier yang sesuai utk bantu aku dukung Adam..


Kami tinggal di apartment tingkat 3. So, mmg penat la naik tangga. Carrier yang pertama sekali aku beli, My Lovely Closet (MLC) pouch size M colour pink/green. Gambar dia lebih kurang mcm ni. Tp nih bukan aku, aku pinjam jap gambar dia..

Aku mmg fail pakai pouch ni. Dah la x tau pakai,besar pulak tu. Sgt la x selesa sampai babywearing ni jd x syok bg aku. Aku pun try surf susuibu.com dan tanya pada ibu-ibu kat website tu, carrier apa yg sesuai.. Pencarian aku bermula apabila sorg ibu tu (Dayangku) kenalkan aku pada website Malaysian Babywearing (MBW) forum. Aku pun byk refer kat web tu dan mmg ibu2 di situ byk membantu.


Aku pun berjinak-jinak dengan Ring Sling (RS). Baik sangat ada sorang ibu tu nama Liza bagi aku try RS dia. Yg ni Cotton Ring Sling red colour. Dia ajar aku mcm mana nak pakai RS ni. Beza RS dengan pouch, RS boleh adjust size, tp pouch one size je. Rupanya seronok juga babywearing ni.
















Bila dah boleh pakai, aku pun surf lg tentang RS ni. Rupanya RS ni boleh diperbuat oleh mcm2 jenis kain. Ada cotton, linen, silk, dan mcm2 lagi la.. Aku pun mencuba material kain yg lain dan pinjam lagi sekali dengan Liza. Liza beri Plushmint Silk Ring Sling. Cantik sgt.. Nih gambar nyer.. Silk RS mmg cantik, sesuai pakai pegi occasion/dinner. Tp leceh sket nak jaga sbb senang kedut.. Tp bila pakai, rasa sejuk jer..

















End up, aku pun buat keputusan nak beli RS sendiri. Aku nak beli RS yang kalau boleh bak share ngan hubby. Bleh hubby pakai sekali. Survey punya survey aku fikir nak beli sendiri kain cotton, nak costum made. Aku pun beli kain cotton kat Nagoya colour hitam putih dan minta Liza jahitkan. Hmm... aku puas hati sangat. Dia nyer tail aku minta buat V-shape. Cantik tak??

Itu la my 1st RS yang aku beli. Boleh bantu aku nak dukung adam naik tingkat 3 ngan bawa jalan2 ke taman permainan kat depan apartment tu. Biar adam lagi dekat dengan hati aku....

Thursday, July 23, 2009

Seronoknyer mandi kolam..


4 July haritu, aku n family pergi family day office aku dekat Tiara Beach Resort, PD. Seronok sangat x sabar nak bawak Adam mandi kolam. Aku n hubby belikan Adam pelampung and swimming suit.. Comel, brand Ogival. Pelampung brand Floaties..

Petang tu aku ader kursus & dalam kul 6pm baru dapat bawak adam mandi kolam.. excited sangat dia..


Esoknya, lepas sukaneka, aku pun bawak Adam mandi lagi.. Adam mmg suka air. Dah lama dalam air tu, aku pun angkat la keluar, dia marah, nak mandi lagi.. Aku bagi dia mandi lg.. Dah sampai terketar-ketar tu, baru aku angkat dia naik. Adam-adam... baby mana boleh mandi kolam lama-lama....

Lepas ni, nak bawak Adam mandi kolam lagi. Pastu nak ajar dia berenang. Biar dia boleh berenang dari kecil lagi..

Adam nih bila letak dalam air, kaki dia akan kayuh-kayuh, so harap-harapnye mudah la dia dapat berenang nanti..