Wednesday, December 10, 2014

Konvokesyen Adam by Little Caliph

Semasa di Oman, Adam kami masukkan ke American Lycetuff Kindergarten. Style pembelajarannya lebih kepada bercakap di dalam kelas, bertanya dan memupuk keyakinan dalam bahasa Inggeris. Kurang menekankan tentang 3M, membaca, mengira dan menulis.
Setelah pulang dari Oman, pada bulan Oktober kami masukkan Adam ke Little Caliph Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, Lin puas hati dengan pencapaian Adam sepanjang setahun tiga bulan di Little Caliph. Dari Adam tak pandai membaca sampailah sekarang ni dah laju dia membaca. Teknik Fast Reading yang diajar oleh guru Little Caliph memang berkesan dan sangat membantu walaupun Adam ketinggalan berbanding kawan-kawannya yang lain pada mulanya. Guru di Little Caliph juga mengajar parent untuk terlibat sama dalam membantu anak-anak agar cepat membaca. Tapi apa yang paling penting bagi kami adalah bantuan Little Caliph dalam mengajar Adam ilmu agama especially bacaan dalam solat dan surah ayat-ayat lazim. Tak lupa juga doa-doa harian yang mana kadang-kadang Lin dan suami tak sempat dan kadang terlepas pandang untuk mengajar. Umur macam Adam memang penting untuk diajar tentang awal-awal bacaan ni, senang diserap dan mudah ingat. Pendek kata, memang kami puas hati dan terhutang budi dengan Little Caliph dalam membantu memberi pendedahan awal pada Adam. Senang Lin dan suami hanya buat revision dan practical di rumah.
So, November 2014 Adam tamat tadika di Little Caliph. Upacara Konvokesyen berlansung di Dewan UNITEN. Mama so proud of you..