Thursday, December 29, 2011

4th Anniversary

TQ my love..
Entry kali ni nak dedicate to my hubby.. Sbbnya tanggal 16 Disember 2011, genapla 4 tahun usia perkahwinan kami. 4 tahun yang penuh dengan kisah-kisahnya yang tersendiri.. Walau apa pun yang berlaku, suami ku tetap sabar dengan karenah ku yang ntah apa-apa nih.. Walaupun dah lewat, tetap nak wish Happy 4th Anniversary my dear.. I love you so much..
Cukupla jiwang karat, nak citer apa yang kami buat masa anniversary baru-baru ni.. Kami bangun dan bersiap awal pagi tu sbb nak pergi melawat KL bird park. Dah lama nak bawa Adam ke situ, baru hari tu ada masa. Maklumla lin cuti berpantang, so sebulan lebih gak la kat Temerloh.Dah penat jalan-jalan di KL Bird Park, hubby bawa berjalan ke KLCC. Dah lama lin tak pergi KLCC. Mmg perut pun dah lapar, terus masuk menjamu selera di Chilis. Walaupun portion dia besar, mmg habis la lin makan. Adam pun makan habis kids meal dia. Hubby punya meal best, Sizzling steak yang menu baru. Pas lunch, kami jalan-jalan jap dan hubby ajak makan popcorn Garret. Best giler popcorn ni. Hubby beli yang cashew ceramel.. Pastu setelah penat berjalan, baby pun dah mengantuk, kami pun pulang untuk berehat di rumah..

Monday, December 19, 2011

Digital Single-lens Reflex

Hubby : nak beli camera DSLR tak??
Lin : Tak yah la.. kamera lama elok lagi..
Walau pun kamera digital Olympus dah berusia hampir 5 tahun, tapi kualiti masih tip top.. buat apa nak abiskan duit beli yang baru kan.. Tapi hubby dah lama teringin nak camera DSLR.. seronok tgk org ambil gambar cantik sgt.. Tapi actually nak guna DSLR ni kena ada skill, baru cantik gambar nyer..
Mmg dah rezeki dia agaknyer.. masa pegi US hujung bulan 10 hari tu, bawa kamera olympus tu.. tiba-tiba tgh syok ambil gambar, terjatuh la kamera tu dan tutup bateri kat kamera tu patah.. (kata hubby). Jadi setiap kali nak ambil gambar, kena pegang kat tempat bateri tu.. Susah betul, xde mood nak amik gambar.. apa lagi, hubby pun menyatakan hajat nya nak beli DSLR..
Akhirnya... dapatla sebiji DSLR yang paling basic. Mmg dah buat survey dah kat internet antara Nikon dan Canon, mana satu yang menjadi pilihan.. Setelah dipikir-pikir, akhirnya Nikon menjadi pilihan. Dan yang bestnya ujung minggu tu ada Jcard kat Mid Valley.. Blehla terus beli kat situ, mmg alang2 nak pegi Jcard pun.. Rasa mmg dah best deal dah walaupun mahal RM100 jer dr butik Nikon. Nikon D3100 dgn byk giler gift dia. Dapat Tripod yang N berapa ntah tp mmg tinggi dah lebih berkualiti dr yg tripod nikon biasa, tali nikon leather, memory card 8G, pendrive 4G, uv/screen protecter, payung nikon, dan paling penting Jusco voucher RM200. So actually harga dia RM1800 jer dan dpt point Jusco lagi..
Ni antara gambar-gambar yg baru snap lepas beli.. masih beginner so kualiti mmg low sket.. akan improve...